Berita kami

Ciri Skor Risiko baharu untuk perkhidmatan Justforex Copytrading

 – 26/07/2022

Klien yang dihormati,

Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan anda tentang pelancaran ciri baharu Skor Risiko untuk perkhidmatan Justforex Copytrading. Ciri ini membolehkan Pelabur melihat tahap risiko setiap strategi Pedagang dan memilih Pedagang sama ada mengikut strategi atau keuntungan.

Skor Risiko dikira mengikut skala 1 sehingga 10 mata:

  • Risiko 1-3 (hijau) ialah risiko terendah. Pedagang menggunakan strategi yang lebih stabil, jangka panjang dengan risiko minimum. Biasanya, ia merupakan strategi yang mengurangkan perdagangan semasa tempoh berita dikeluarkan (semasa ketaktentuan tinggi) dan tanpa membuka volum yang besar (relatif kepada saiz baki akaun semasa).
  • Risiko 4-7 (kuning) ialah risiko sederhana. Penggunaan pinjaman sederhana dan beban deposit dibenarkan. Volum purata transaksi sering digunakan.
  • Risiko 8-10 (merah) risiko tertinggi. Pedagang menggunakan strategi perdagangan yang agresif, beban deposit yang tinggi, dan sering berdagang semasa berita. Biasanya, Pedagang tidak mengikut mana-mana strategi perdagangan tertentu.

Kami menggunakan algoritma khas untuk mengira Skor Risiko. Ia bergantung pada parameter-parameter berikut: penggunaan pinjaman maksimum, nilai beban deposit maksimum dan leveraj terpilih.

Semua Pedagang pada Papan Skor disusun mengikut Skor Risiko secara lalai – Pedagang yang paling kurang berisiko berada di kedudukan teratas. Anda boleh melihat Skor Risiko pada Papan Skor dan di setiap halaman umum Pedagang.

Pelabur boleh memilih Pedagang yang paling memenuhi keutamaan mereka dengan memberi perhatian kepada Skor Risiko.

Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mula menyalin perdagangan daripada pedagang-pedagang profesional, baca bahagian "Salin pedagang dan dapat untung" di laman web kami. Untuk mengetahui cara menyambungkan akaun perdagangan anda ke perkhidmatan Justforex Copytrading supaya orang lain boleh mula menyalin perdagangan anda dengan bayaran, pergi ke bahagian "Perdagangan disalin. Terima bayaran."

Salam hormat,
Kumpulan Justforex