Kalendar Ekonomi

* Masa ditunjukkan dalam GMT

Apa Itu Kalendar Ekonomi

Kalendar ekonomi merupakan satu alat yang menyenaraikan semua peristiwa penting ekonomi. Beberapa kalendar juga meliputi indikator, indeks dan rating yang penting.

Kalendar ekonomi JustForex menawarkan:
  • 1000+ peristiwa ekonomi;
  • Pemantauan masa nyata langsung untuk 50+ negara;
  • Pengelasan mengikut impak peristiwa;
  • Zon waktu tersuai berdasarkan lokasi anda;
  • Aplikasi Android dan iOS;

Kami mengemas kini kalendar secara kerap dengan bantuan ramai wartawan dari seluruh dunia. Data didatangkan 24/5. Walau apa pun terjadi, kami sentiasa memastikan yang anda mendapat berita terkini dan data yang paling relevan.

Apa Itu Peristiwa Ekonomi

Peristiwa-peristiwa ekonomi adalah siaran berita, penerbitan laporan, kenyataan oleh pegawai rasmi kerajaan dan media lain yang boleh memberi kesan kepada sebut harga Forex.

Berikut adalah beberapa contoh peristiwa ekonomi yang penting:
  • Penerbitan Laporan KDNK;
  • Penerbitan Minit FOMC;
  • Kemas Kini Tinjauan Perolehan Kekosongan Kerja dan Buruh;
  • Ucapan Presiden ECB Berkenaan Kadar Faedah Utama;
  • Undian Parlimen British Berkenaan Pengeluaran UK dari Kesatuan Eropah.

Tidak semua peristiwa mempunyai kuasa yang sama. Tetapi setiap daripada peristiwa tersebut mempunyai kepentingan ekonomi dan sudah tentu akan memberi kesan kepada pasaran dan menyebabkan sama ada pembelian atau penjualan.

Mengapa Pedagang Memerlukan Kalendar Ekonomi

Ekonomi adalah satu bidang yang mudah terjejas oleh peristiwa sebenar dunia. Perdagangan FX yang mengamalkan prinsip-prinsip ekonomi adalah buktinya. Meskipun corak matematik dan sistem Tindakan Harga yang lain boleh dipercayai pada kebanyakan masa, ia mungkin tidak berapa membantu apabila sesuatu perkara yang besar berlaku dalam dunia sebenar.

Kalendar ekonomi menyediakan data untuk analisis selanjutnya dan membantu meramalkan hala tuju pasaran Forex di masa akan datang. Ia biasanya digunakan oleh pengikut-pengikut analisis fundamental. Beberapa strategi perdagangan FXm cth. scalping (menjual atau membeli semula pada harga lebih tinggi) dibangunkan di sekitar kalendar ekonomi untuk meramalkan kekecohan dalam pasaran dan perdagangan untuk memanfaatkannya.

Namun demikian, walaupun anda tidak menyukai analisis ekonomi asas dan mengikut strategi-strategi Tindakan Harga, anda masih boleh menggunakan Kalendar Ekonomi untuk melihat sekiranya pasaran terjejas oleh peristiwa-peristiwa dunia yang sebenar.

Cara Menggunakan Kalendar Ekonomi

Kalendar ekonomi JustForex menyenaraikan semua peristiwa berkaitan perdagangan mengikut susunan kronologi.
  • Lajur pertama menyatakan Tarikh dan masa sebenar peristiwa tersebut akan berlaku;
  • Lajur kedua menyenaraikan baki masa yang ada sehingga ia berlaku;
  • Lajur ketiga mengandungi nama peristiwa serta bendera negara tempat ia berlaku;
  • Lajur keempat menerangkan tentang kesannya terhadap pasaran dan ketidakstabilan yang mungkin disebabkan olehnya;
  • Lajur kelima menyatakan perubahan terhadap mata wang yang terlibat berpunca daripada ramalan peristiwa tersebut;
  • Lajur keenam menyemak semula kenyataan yang diramalkan jika perlu;
  • Lajur ketujuh hanya diisi sebaik sahaja peristiwa tersebut berakhir dan ia menyenaraikan impak sebenarnya terhadap mata wang.

Anda juga boleh klik pada setiap peristiwa untuk melihat keterangannya serta pautan untuk anda membaca maklumat yang lebih lanjut mengenainya.

NOTA. Sekiranya anda hanya berdagang mata wang utama dan tidak mahu menjalankan analisis sendiri – semak Gambaran Keseluruhan Pasaran dan Ramalan Harian kami. Ia menyenaraikan peristiwa-peristiwa paling penting serta menjelaskan cara ia akan menjejaskan pasaran.

Cara untuk Menapis Peristiwa-Peristiwa Tidak Relevan

Sekiranya anda berpendapat bahawa terlalu banyak peristiwa yang tidak relevan – jangan risau, anda boleh menapis peristiwa yang anda tidak perlukan. Untuk berbuat demikian, klik pada butang "More" dan tetapkan tetapan penapis.

Di sini anda boleh membuang mata wang yang tidak dagangkan buat masa ini serta peristiwa-peristiwa yang mempunyai impak lemah yang tidak menyebabkan kecairan yang mencukupi untuk anda kejar.

Baca lagi
Anda mahu mendapatkan analisis terkini?
Langgan sekarang!
* ruang yang diperlukan