Untuk memulakan perdagangan Forex, anda perlu membuka akaun dengan broker terlebih dahulu.
Akaun perdagangan sama seperti akaun bank. Ia juga boleh digunakan untuk menyimpan wang, membuat deposit dan pengeluaran. Pedagang boleh menggunakan sistem pembayaran berbeza untuk menambah dana ke akaun mereka atau mengeluarkannya. Senarai lengkap sistem yang disediakan untuk klien JustForex boleh ditemui di halaman Deposit dan Pengeluaran.
Akan tetapi, tujuan utama mana-mana akaun perdagangan adalah untuk membuat transaksi (pesanan buka dan tutup) dengan pelbagai instrumen kewangan. Senarai instrumen ini berbeza-beza bergantung kepada jenis akaun. Anda boleh ketahui dengan lebih lanjut mengenai ciri-ciri setiap instrumen di sini.
Bagi pedagang yang tiada pengalaman atau sesiapa yang mahu menguji strategi mereka, JustForex memberi peluang untuk membuka akaun demo percuma. Perdagangan demo adalah simulasi perdagangan sebenar Forex, yang dibangunkan untuk latihan. Akaun demo tidak memerlukan pelaburan. Ia membolehkan anda memperoleh pengalaman dalam perdagangan dalam talian, kemahiran praktikal berdagang dengan MetaTrader dan untuk menguji strategi anda tanpa sebarang risiko.
Proses perdagangan dalam akaun demo adalah sama seperti perdagangan langsung, bermaksud carta menunjukkan situasi sebenar dalam pasaran Forex. Perbezaannya hanyalah anda berdagang menggunakan wang maya. Pendapatan demo anda menunjukkan keuntungan yang anda boleh peroleh dalam akaun langsung dengan syarat-syarat yang sama. Apabila anda membuka akaun, anda boleh menetapkan sendiri baki awal.
Anda boleh memulakan demo dengan mana-mana jenis akaun JustForex:
Standard Cent, Standard, Pro atau Raw Spread.
Anda juga boleh mencuba syarat-syarat perdagangan broker dan
memilih akaun yang paling sesuai untuk anda.
Masa untuk anda meneruskan perdagangan menggunakan akaun perdagangan langsung hanyalah apabila anda sudah memperoleh keuntungan dalam akaun demo dan berasa yakin dalam pasaran Forex.
Akaun Standard Cent direka khusus untuk pedagang baru. Jika akaun demo sudah tidak digunakan lagi, tetapi anda masih belum bersedia berdagang menggunakan akaun langsung dengan jumlah deposit yang besar, akaun Standard Cent adalah pilihan sempurna untuk anda. Berbanding akaun lain, baki akaun perdagangan ini dikira dalam nilai sen. Jadi, strategi perdagangan anda yang memberi keuntungan dalam akaun demo boleh membantu anda menjana keuntungan di akaun Standard Cent.
Akaun perdagangan Standard Cent mempunyai banyak persamaan dengan akaun jenis Standard. Pada masa yang sama, disebabkan risiko yang lebih rendah, ia membolehkan anda mempelajari asas-asas perdagangan secara perlahan-lahan dan yakin, tanpa merendahkan kesihatan mental dan menambah beban dalam perbelanjaan.
Setelah anda mahir dalam kebolehan anda dan berjaya berdagang dalam akaun Standard Cent, anda boleh meneruskan perdagangan dalam akaun Forex Standard, Pro ataupun Raw Spread.
Akaun Standard adalah akaun yang paling popular. Ia melibatkan satu set asas pilihan yang penting, di samping leveraj tinggi, spread yang begitu ketat bermula dari 0,3 pip dan tiada komisen. Kedua-dua Henti Kerugian dan Ambil Untung boleh ditetapkan apabila membuka pesanan dan selepasnya. Akaun Standard boleh digunakan untuk perdagangan carta harian dan perdagangan tidak agresif dalam tempoh sehari. Mana-mana strategi perdagangan boleh dipilih untuk digunakan dalam akaun ini tanpa sebarang sekatan.
Akaun Pro direka untuk ahli pasaran kewangan yang berpengalaman dan profesional. Pedagang boleh menggunakan apa jua gaya perdagangan pada akaun Pro. Akaun jenis ini bercirikan spread yang sempit, leveraj tinggi, kurang komisen dan sekatan terhadap bilangan pesanan dan jumlah kedudukan.
Kelebihan utama akaun Pro adalah instrumen perdagangan yang pelbagai: lebih daripada 50 pasangan mata wang, indeks, logam dan komoditi. Anda boleh laksanakan semua idea perdagangan dan pelaburan anda.
Akaun Raw Spread memberi anda peluang untuk merasai perdagangan dinamik. Ahli-ahli pasaran yang lebih gemar dengan urus niaga harian, input dan output kerap dengan kombinasi perdagangan dalam jangka masa yang pendek selalunya akan memilih jenis akaun ini. Ia dianggap akaun terbaik bagi scalper – orang yang menjual semula saham pada harga yang tinggi atau dengan keuntungan yang segera. Terdapat komisen untuk setiap transaksi, tetapi spread terapung bermula dari 0 pip, yang mana agak rendah berbanding akaun lain. Apabila berdagang pada akaun ini, anda mendapat pelbagai jenis instrumen kewangan yang disediakan secara menyeluruh.
JustForex mempunyai pilihan khusus untuk pedagang yang beragama Islam. Undang-undang syariah melarang perdagangan yang menggunakan swap. Disebabkan hal ini, akaun perdagangan khas bebas swap telah dicipta.
Swap adalah yuran untuk operasi menutup pesanan perdagangan satu hari pada waktu tengah malam dan membukanya semula pada harga tutup di keesokan harinya. Dengan akaun bebas swap, pedagang boleh membiarkan kedudukan terbuka selama yang mereka mahukan, tanpa menambah saiz swap atau mengenakan bayaran dari akaun. Dalam kes ini, hasil perdagangan hanya boleh dipengaruhi oleh perubahan dalam kadar pertukaran untuk tempoh masa tertentu.
Menggunakan akaun bebas swap adalah opsyenal. Untuk menukar akaun Standard Cent, Standard, Pro atau Raw Spread anda kepada akaun bebas swap, anda perlu menghubungi kumpulan sokongan.
Terma-terma | Standard Cent | Standard | Pro | Raw Spread |
---|---|---|---|---|
Deposit min | 1 USD | 1 USD | 100 USD | 100 USD |
Mata uang akaun | USC | USD, EUR, GBP, JPY, MYR, IDR, THB, VND, KWD, CNY, ZAR | USD, EUR, GBP, JPY, MYR, IDR, THB, VND, KWD, CNY, ZAR | USD, EUR, GBP, JPY, MYR, IDR, THB, VND, KWD, CNY, ZAR |
Leverage sehingga | 1:1000 | 1:3000 | 1:3000 | 1:3000 |
Komisen | 3 unit mata wang asas untuk setiap lot/bahagian | |||
Bebas swap * | ||||
Spread daripada | 0.3 | 0.3 | 0.1 | 0 |
Saiz pesanan minimum | 0.01 сent lot | 0.01 lot | 0.01 lot | 0.01 lot |
Saiz pesanan maksimum | Lot 1,000 sen (dengan langkah 0.01) |
100 lots | 100 lots | 100 lots |
Jumlah pesanan maks | Tiada had | Tiada had | Tiada had | Tiada had |
Jumlah order maksimum | 100 | Tiada had | Tiada had | Tiada had |
Margin call | 40% | 40% | 40% | 40% |
Stop out | 20% | 20% | 20% | 20% |
Kaedah pelaksanaan | market | market | market | market |
Format harga | Harga perpuluhan kelima | Harga perpuluhan kelima | Harga perpuluhan kelima | Harga perpuluhan kelima |
Saiz kontrak | 1 lot = 1,000 | 1 lot = 100,000 | 1 lot = 100,000 | 1 lot = 100,000 |
Instrumen perdagangan | 37 Forex + 4 logam + 9 index + 5 pasangan mata wang kripto | 65 Forex + 8 logam + 9 index + 5 pasangan mata wang kripto | 65 Forex + 8 logam + 11 index + 2 tenaga + 7 pasangan mata wang kripto + 65 saham + 25 niaga hadapan | 65 Forex + 8 logam + 11 index + 2 tenaga + 7 pasangan mata wang kripto + 65 saham + 25 niaga hadapan |
Buka akaun | Buka akaun | Buka akaun | Buka akaun |
Terma-terma | Standard | Pro | Raw Spread |
---|---|---|---|
Deposit min | 1 USD | 100 USD | 100 USD |
Mata uang akaun | USD, EUR, GBP, JPY, MYR, IDR, THB, VND, KWD, CNY, ZAR | USD, EUR, GBP, JPY, MYR, IDR, THB, VND, KWD, CNY, ZAR | USD, EUR, GBP, JPY, MYR, IDR, THB, VND, KWD, CNY, ZAR |
Leverage sehingga | 1:3000 | 1:3000 | 1:3000 |
Komisen | 3 unit mata wang asas untuk setiap lot/bahagian | ||
Bebas swap * | |||
Spread daripada | 0.3 | 0.1 | 0 |
Saiz pesanan minimum | 0.01 lot | 0.01 lot | 0.01 lot |
Saiz pesanan maksimum | 100 lots | 100 lots | 100 lots |
Jumlah pesanan maks | Tiada had | Tiada had | Tiada had |
Jumlah order maksimum | Tiada had | Tiada had | Tiada had |
Margin call | 40% | 40% | 40% |
Stop out | 20% | 20% | 20% |
Kaedah pelaksanaan | market | market | market |
Format harga | Harga perpuluhan kelima | Harga perpuluhan kelima | Harga perpuluhan kelima |
Saiz kontrak | 1 lot = 100,000 | 1 lot = 100,000 | 1 lot = 100,000 |
Instrumen perdagangan | 65 Forex + 8 logam + 9 index + 5 pasangan mata wang kripto | 65 Forex + 8 logam + 11 index + 2 tenaga + 7 pasangan mata wang kripto + 65 saham + 25 niaga hadapan | 65 Forex + 8 logam + 11 index + 2 tenaga + 7 pasangan mata wang kripto + 65 saham + 25 niaga hadapan |
Buka akaun | Buka akaun | Buka akaun |