Keperluan Margin dan Peraturan-peraturan Leveraj

Syarikat Justforex membenarkan kliennya untuk menggunakan saiz leveraj bermula dari 1:1 sehingga 1:3000 semasa berdagang dalam pasaran Forex. Disebabkan peluang ini, klien kami mempunyai kelebihan – mereka boleh menggunakan pelbagai strategi perdagangan, tidak mengambil kira saiz deposit mereka.

Beri perhatian kepada fakta bahawa saiz leveraj dipengaruhi oleh jenis akaun perdagangan yang anda pilih serta jumlah dana yang terdapat di dalamnya.

Leveraj maksimum

Ekuiti, USD Leveraj maksimum forex
Standard Cent Standard, Pro, Raw Spread
0 – 199.99 1:1000 1:3000
200 – 2,999.99 1:1000 1:2000
3,000 – 9,999.99 1:1000 1:1000
10,000 – 39,999.99 1:500 1:500
40,000 – 199,999.99 1:200 1:200
200,000 – 1:100 1:100

Para pedagang yang dihormati, syarikat Justforex mempunyai matlamat dalam mengurangkan risiko kliennya dan melindungi mereka daripada potensi kerugian sekiranya berlaku keadaan pasaran yang tidak dapat dijangka. Oleh itu, selaras dengan Perjanjian Klien, keperluan margin boleh diubah seperti berikut:

Pada hujung minggu dan hari cuti. Untuk kedudukan yang dibuka antara 22:00 (GMT+3) Jumaat dan 02:00 (GMT+3) Isnin, leveraj akan ditukar kepada 1:200 untuk tempoh yang ditentukan dan keperluan margin akan dikira mengikut perubahan ini. Margin untuk kedudukan ini akan dikira semula dalam tempoh dua jam selepas pembukaan sesi perdagangan, iaitu pada 02:00 (GMT+3) hari Isnin berdasarkan jumlah dana dalam akaun klien dan leveraj yang telah dipilih sebelum ini. Peraturan ini juga dikenakan kepada hari cuti di mana para klien Justforex boleh sentiasa melihatnya di laman web di bahagian "Berita kami".

Contoh-contoh bagaimana cara ia dipraktikan boleh dilihat di sini.