Mastercard Telah Memfailkan Paten untuk Transaksi Mata Wang Kripto Menggunakan Kad Bank

Pejabat Paten dan Tanda Dagangan AS (US Patent and Trademark Office, USPTO) telah meluluskan paten perbadanan kewangan Mastercard untuk kaedah yang akan mengurangkan masa pemprosesan transaksi mata wang kripto menggunakan kad bank. Kaedah tersebut adalah berasaskan pada menyimpan dana fiat dan mata wang kripto di bawah satu profil. Ini bermaksud pengguna akan mempunyai dua akaun yang dihubungkan di dalam bank: akaun pertama – untuk wang biasa, akaun kedua – untuk kripto.

Paten tersebut menyatakan bahawa klien semakin suka menggunakan mata wang kripto berbanding wang fiat disebabkan ketanpanamaan mata wang tersebut. Selain itu, ramai pengguna menggunakan mata wang digital untuk mengelakkan penipuan. Walau bagaimanapun, Mastercard mendakwa bahawa mata wang kripto masih tidak selamat. Selain itu, pembayaran biasa menggunakan fiat bermaksud ia diproses dalam masa beberapa saat, manakala transaksi dengan mata wang kripto boleh mengambil masa sehingga sepuluh minit. Kombinasi dua jenis wang ini akan membantu mengurangkan masa pemprosesan dengan ketara dan pada masa yang sama mengekalkan kelebihan-kelebihan desentralisasi.

Namun demikian, ia masih tidak jelas bagaimana Mastercard akan menggabungkan dua sistem ini. Selain itu, tidak diberitahu sama ada teknologi blockchain akan digunakan atau tidak untuk hal ini. Dalam e-mel kepada CNBC, Seth Eisen, naib presiden kanan Mastercard untuk komunikasi menulis:

"Kami sentiasa mencari cara untuk membawa pemikiran baharu dan inovasi baharu ke dalam pasaran bagi mewujudkan nilai-nilai untuk kami dan para pelanggan kami serta pemegang kad. Permohonan paten adalah sebahagian daripada proses tersebut, mengambil langkah-langkah untuk melindungi harta intelektual syarikat, sama ada idea tersebut akan masuk atau tidak dalam pasaran."

Pengguna berkemungkinan besar akan dapat membayar pembelian menggunakan mata wang kripto di masa hadapan, jika ia diluluskan oleh pihak berkuasa. Buat masa sekarang, kad hanya boleh digunakan untuk membayar pembelian wang maya.

JustMarkets, 20/7/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Jangkaan Matematik dalam Perdagangan
Jangkaan matematik merujuk kepada hasil purata strategi perdagangan pada banyak perdagangan, dengan mengambil kira keuntungan dan kerugian. Ia adalah satu konsep statistik yang membantu pedagang menilai potensi keuntungan strategi mereka.
Baca lagi
Peranan Kecerdasan Emosi dalam Perdagangan
Dalam perdagangan, apabila nombor menjadi elemen terpenting dan algoritma menentukan pergerakan pasaran, terdapat faktor yang sering terlepas pandang yang boleh mempengaruhi kejayaan dengan ketara: kecerdasan emosi.
Baca lagi