US30 – Berdagang Indeks Us Wall Street 30

US30, juga dikenali sebagai indeks Dow Jones, indeks Wall Street 30, DJ30, Dow Jones 30, adalah salah satu indeks tertua di AS. JustForex menawarkan pedagang-pedagang supaya bukan sahaja berdagang dalam pasangan mata wang, tetapi juga indeks, terutamanya US30. Jadi, anda boleh mulakan perdagangan US30 sekarang. Sebelum itu, kami cadangkan anda untuk mengetahui maklumat tentang jenis indeks ini dan faktor yang mempengaruhi pergerakannya.

  • Spread daripada: 20;
  • Saiz Tick: 0.10;
  • Swap (pip) Panjang: -6.00%;
  • Swap (pip) Pendek: -3.00%.

Tentang US30

Editor The Wall Street Journal dan pengasas Dow Jones&Company, Charles Dow telah mencipta US30 untuk menjejak pembangunan pasaran saham Amerika.

Pada permulaannya, US30 adalah nilai min aritmetik harga saham untuk 12 syarikat terbesar di AS. Kini, indeks ini telah meliputi 30 syarikat terbesar di AS. Syarikat-syarikat dan pengilang besar ini adalah seperti Apple, Coca Cola, Nike, Microsoft, dll. Indeks ini dianggap sebagai indikator paling ringkas bagi keadaan semasa ekonomi AS. Senarai syarikat tempat US30 bertapak boleh berubah. Editor-editor The Wall Street Journal sedang menyemak dan mengemas kini senarai berdasarkan situasi pasaran saham.

Indeks ini adalah berdasarkan teori analisis pasaran Dow menggunakan sebut harga purata syarikat-syarikat besar. Ia dipercayai bahawa trend pasaran keseluruhan adalah positif sekiranya salah satu purata ini naik di atas puncak sebelumnya, diikuti oleh peningkatan serupa dalam indikator kedua. Apabila kedua-dua indikator berada di bawah paras minimum tempatan yang sebelumnya, ini mengesahkan kecenderungan umum untuk menurun. Teori ini adalah asas untuk meramal perubahan masa depan dalam pasaran saham.

Apa yang menjejaskan indeks Wall Street 30?

Dow Jones dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa dunia, bencana alam, perang, ketidakstabilan politik dan berita-berita ekonomi. Apabila berdagang US30, pelabur-pelabur perlu mengikuti jejak peristiwa semasa dan meramal tindak balas pasaran.

Indeks akan turun dan naik di tengah-tengah laporan ekonomi seperti:
  • Kadar pengangguran;
  • Bilangan kerja baharu;
  • KDNK, dll.

US Wall Street 30 adalah indeks wajaran harga. Ini bermaksud saham dengan nilai yang lebih tinggi mempunyai kesan yang lebih kuat terhadap nisbah purata berbanding saham dengan nilai yang rendah. Dalam hal ini, pakar-pakar menganggap Dow Jones sebagai indikator pasaran yang kurang tepat. Dengan itu, indeks meliputi bilangan syarikat yang terlalu sedikit untuk menilai keadaan pasaran saham secara keseluruhan. Oleh itu, ia sering digunakan bersama dengan indeks S&P 500 untuk objektif yang lebih besar.

Masa perdagangan

Dengan JustForex, anda boleh berdagang US30 5 hari seminggu dari hari Isnin hingga hari Jumaat. Pasaran saham ditutup semasa hujung minggu. Sila ambil perhatian bahawa pada sesetengah hari cuti dunia, seperti Hari Buruh di AS, pasaran saham mungkin tidak berjalan. Kami menulis semua perubahan dalam jadual perdagangan dan masa perdagangan dalam berita kami. Teruskan berhubung untuk kekal terkini!