US100 – Berdagang Indeks NASDAQ-100

US100 atau NASDAQ-100 adalah indeks yang memaparkan status syarikat daripada industri-industri utama, termasuk perisian dan peralatan komputer, perdagangan, telekomunikasi, dll. Indeks ini tidak melibatkan sektor kewangan. Kini anda boleh mula berdagang US100 dengan Justforex. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan anda supaya terlebih dahulu mengetahui maklumat umum tentang indeks ini.

  • Spread daripada: 20;
  • Saiz tick: 0.10;
  • Swap (pip) Panjang: -6.00%;
  • Swap (pip) Pendek: -3.00%.

Tentang US100

US100 adalah satu indeks wajaran oleh permodalan 100 syarikat terbesar yang disenaraikan di NASDAQ. Indeks ini memaparkan dinamik perubahan dalam nilai-nilai syer syarikat-syarikat ini.

NASDAQ (National Association of Securities Dealers Automated Quotation – Sebut Harga Automatik Persatuan Peniaga Sekuriti Kebangsaan) merupakan pasaran di kaunter AS yang khusus dalam saham syarikat-syarikat teknologi tinggi yang terkemuka. Lebih daripada 3.3 ribu syarikat yang berdaftar di dalamnya. Senarai NASDAQ termasuklah syarikat-syarikat terkemuka dalam bidang perniagaan seperti teknologi tinggi, perdagangan, telekomunikasi, perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan kewangan, media, bioteknologi. Jumlah permodalan syarikat-syarikat ini adalah kira-kira $6,900 bilion.

NASDAQ telah ditubuhkan pada 8 Februari 1971. Namanya berasal daripada sistem sebut harga automatik yang memulakan pertukaran. Sehingga tahun 1988, indeks ini hanya berdasarkan pada syarikat-syarikat Amerika. Kemudian, syarikat dari negara-negara lain mula masuk dalam senarainya, tetapi syarat-syaratnya adalah lebih ketat. Hanya pada tahun 2002 sahaja syarikat tempatan dan antarabangsa telah disamakan dari segi hak.

Pada hari ini, NASDAQ-100 adalah berdasarkan pada aset syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat, Kanada, China, Singapura, India, Sweden, Switzerland, Israel dan Ireland. Kini NASDAQ-100 dikira berdasarkan pada aset syarikat-syarikat Facebook, Netflix, Amazon, Yahoo! dll. Pertumbuhan indeks menandakan peningkatan dan kemakmuran syarikat IT terkemuka dan membolehkan kita meramal pembangunan industri secara keseluruhan.

Apa perkara yang menjejaskan US100?

Senarai syarikat berdasarkan indeks disemak sekali dengan memandang kepada permodalan pasaran syarikat. Ia bermaksud firma-firma besar dengan permodalan yang besar lebih cenderung untuk mempengaruhi pergerakan indeks. Pada masa yang sama, agar sesetengah firma tidak boleh memberi pengaruh yang terlalu kuat pada indeks, terdapat beberapa had. Oleh itu, sebuah syarikat mungkin memiliki 24% daripada nilai indeks wajaran.

Makluman! Jangan keliru antara NASDAQ-100 dengan NASDAQ Composite. Indeks yang kedua mengambil kira permodalan semua syarikat yang sahamnya didagangkan pada NASDAQ.

Indeks juga dipengaruhi secara positif oleh faktor-faktor seperti:
  • Kemunculan teknologi atau penemuan baharu dalam sesuatu bidang;
  • Kerjasama syarikat-syarikat besar atau penggabungannya;
  • Laporan positif pertumbuhan keuntungan syarikat-syarikat besar dalam senarai.
Artikel Terakhir
Semua Artikel