INDEKS AU200 – BERDAGANG ASX200

Dengan JustForex, anda bukan sahaja boleh berdagang pasangan mata wang, tetapi juga indeks saham. Sebagai contoh, AU200. Tetapi sebelum anda membuka pesanan pertama, anda perlu mengetahui jenis indeks ini dan cara harganya dibentuk.

  • Spread daripada: 40;
  • Saiz tick: 0.10;
  • Swap (pip) Panjang: -6.00%;
  • Swap (pip) Pendek: -3.00%.

Apa itu AU200?

Indeks Australia 200, juga dikenali sebagai S&P, AU200 atau ASX200 adalah indeks saham utama Australia. Indeks ini telah dicipta pada tahun 2000 dan menjejak 200 perusahaan dengan permodalan tertinggi yang didagangkan dalam Bursa Sekuriti Australia. Malah, indeks ini menunjukkan purata wajaran untuk nilai saham syarikat-syarikat ini.

NOTA: Idea bahawa purata aritmetik harga saham syarikat dengan permodalan terbesar adalah satu indikator pasaran yang bagus, ia pertama kali dinyatakan oleh Charles Dow. Beliau mengasaskan indeks pertama tersebut – US30, juga dikenali sebagai indeks Dow-Jones.

Indeks ASX20 merangkumi syarikat-syarikat Australia seperti Evolution Mining Limited atau JB Hi-Fi Limited, dan juga anak-anak syarikat jenama-jenama global – Domino PIZZA Enterprises, Coca Cola Amatil, dsb. Perubahan harian dalam nilai indeks dikira dalam peratus dan pada setiap suku tahun, terdapat hitungan semula global dengan penyingkiran perusahaan yang telah jatuh harganya dan pengenalan perusahaan baharu dalam indeks.

Terdapat juga indeks-indeks yang lebih kecil berdasarkan pada ASX200 – AU10, AU50, dan AU100. Ia tidak begitu berguna.

Apa yang menjejaskan Indeks AU200/ASX200?

AU200 sangat bergantung kepada peristiwa-peristiwa di Australia dan Oceania serta peristiwa-peristiwa global yang penting. Oleh itu, jika anda berdagang AU200, anda perlu memantau dengan teliti indikator-indikator serantau dan laporan ekonomi Australia.

Pengaruh kuat terhadap AU200:
  • Kadar faedah utama Bank Australia;
  • Jualan runcit Australia;
  • KDNK Australia.

Tidak seperti US30 dan indeks lain yang serupa, ASX200 ditentukan oleh permodalan – syarikat-syarikat tidak boleh memanipulasinya dengan menukar nilai saham mereka. Ini menjadikan AU200 adalah alat yang paling boleh dipercayai untuk menilai keadaan pasaran saham Australia.

Waktu perdagangan

AU200 boleh didagangkan di JustForex 5 hari seminggu – Isnin hingga Jumaat. Pada hari minggu, pasaran saham ditutup dan anda tidak boleh membuka pesanan baharu. Selain itu, indeks tidak disediakan semasa cuti global semasa pasaran saham tidak beroperasi.

JustForex sentiasa mengeluarkan berita mengenai perubahan dalam jadual perdagangan. Baca di halaman utama kami!