Jenis-jenis chart

Terdapat beberapa cara untuk membina carta bagi memaparkan maklumat dalam pasaran pertukaran asing. Carta ini akan digunakan oleh trader untuk menjalankan analisis teknikal dan membuat keputusan dalam pasaran. Carta dibina dalam dua koordinat: jumlah harga dan/atau jumlah masa (terbukti di paksi tegak) dan tempoh masa (horizontal). Data akan digunakan untuk membentuk carta (kecuali carta tick):

  • Harga dibuka – harga*, yang dibuka pada tempoh permulaan dagangan;
  • Harga ditutup – harga*, yang ditutup di akhir tempoh dagangan;
  • Harga tertinggi – harga tertinggi* dalam tempoh dagangan;
  • Harga terendah – harga terendah* dalam tempoh dagangan.

Tempoh dagangan atau timeframe dipanggil sebagai jangka masa, akan digunakan dalam carta. Jika anda ada maklumat ini, ia akan dikumpulkan dan diberi dalam bentuk grafik.

Terdapat sebuah peluang untuk menggunakan jangka masa (timeframe) seperti: 1 minit, 5 minit, 15 minit, 1 jam, 4 jam, 1 hari, 1 minggu dan 1 bulan dalam platform MT4. Terdapat beberapa cara untuk membangunkan carta, tetapi sasarannya hanya satu, iaitu untuk menunjukkan maklumat dalam cara yang mudah pada bila-bila masa.

Carta tick

Carta tick adalah sebuah graf skala kecil dengan perubahan unit harga. Ia tidak berkaitan dengan mana-mana selang masa dan dibina ketika itu juga – selepas setiap perubahan dalam kadar mata wang. Bahagian atas menunjukkan ciri harga Ask, manakala harga Bid akan lebih rendah. Carta jenis ini tidak digunakan untuk analisis: ia digunakan hanya bagi menentukan bila masa yang paling sesuai untuk memasuki pasaran, apabila semua parameter lain telah ditakrifkan.

Carta garisan

Line chart

Carta garisan hanya memaparkan harga dan tempoh dagangan yang digunakan sebelum ini bagi membina satu carta garisan. Graf dalam bentuk sebuah lengkung. Carta jenis ini baik buat jangka waktu yang singkat. Anda tidak boleh mentakrifkan perubahan harga dalam suatu tempoh, kerana tiada maklumat tentang harga pembukaan. Jadi, maklumat tentang nisbah antara harga dan tempoh tiada. Namun, terdapat trader yang beranggapan maklumat ini tidak penting.

Carta bar

Bar chart

Carta bar mengandungi harga rendah dan tinggi, yang bersambung di antara satu sama lain melalui satu garis tegak, juga digunakan bagi membina carta turus. Jalur-jalur pendek pada bahagian kiri adalah harga pembukaan, manakala jalur pada bahagian kanan adalah tempoh harga ditutup. Carta bar akan menunjuk semua perubahan harga dalam sesebuah tempoh. Set ini dapat membentuk graf pergerakan harga. Faedah carta ini adalah peluang untuk melihat semula semua perubahan harga dalam dagangan.

Candlesticks

Сandlesticks chart

Candlesticks dibina serupa dengan carta bar. Ciri utama carta ini adalah kehadiran sebuah "badan candle" yang akan menunjukkan jarak antara harga tutup dan harga pembukaan. Jika harga tutup lebih rendah daripada harga pembukaan, "badan" tersebut akan berwarna hitam (atau warna gelap yang diberi oleh terminal). Warna gelap dipanggil sebagai warna "bear". Jika harga tutup lebih tinggi daripada harga pembukaan, "badan candle" akan kekal berwarna putih. Warna putih dipanggil sebagai warna "bull"**.

Garis tegak, datang dari "badan candle" dipanggil sebagai bayang (shadow). Bayang di atas badan dipanggil sebagai uvakage dan ia menunjukkan harga tinggi dalam tempoh tertentu; manakala bayang di bawah badan dipanggil sebagai shitakage yang menunjukkan harga rendah dalam tempoh tertentu. Bayangan atas kadangkala dipanggil sebagai "rambut" candle dan bayangan yang lebih rendah dipanggil sebagai "jarum". Di Barat, "badan candle" akan berwarna putih, namun di Jepun, warna putih ditukar kepada warna merah.

* Semua jenis graf di dalam terminal MT4 berdasarkan harga tawaran, kecuali carta kredit, yang menunjukkan kedua-dua harga.
** Warna biru dan putih digunakan sebagai mod default dalam terminal MT4. Anda boleh menukar warna ini dalam tetapan.

Anda boleh lihat bagaimana bentuk setiap jenis carta ini dalam terminal dagangan MetaTrader 4 sendiri melalui kedua-dua akaun iaitu akaun latihan dan akaun live.

oleh JustForex, 24/10/2016