Peraturan dan Prinsip Perdagangan Forex

Semua pedagang yang menyertai pasaran Forex berusaha keras demi mencapai hasil yang terbaik. Walau bagaimanapun, untuk mendapat keuntungan dalam perdagangan, para pedagang perlu mengetahui dan mengikuti beberapa prinsip Forex.

  • Memiliki strategi perdagangan sendiri. Bangunkan sistem anda berdasarkan beberapa faktor penting untuk perdagangan Forex.
  • Kawal emosi. Keadaan emosi yang tidak stabil boleh mengganggu proses membuat keputusan. Belajar bagaimana untuk mengawal emosi dan harapan anda.
  • Memiliki data-data penting yang lepas. Sentiasa catat dalam keadaan bagaimanakah dan apakah faktor keputusan anda untuk buka/tutup pesanan serta komen anda pada setiap situasi. Sentiasa kaji semula keputusan perdagangan anda.
  • Belajar dari kesilapan sendiri. Analisis dan belajar daripada kesilapan adalah antara komponen paling penting untuk menjayakan perdagangan. Penting untuk sentiasa menganalisis kedudukan kerugian dan mengkritik diri sendiri. Setelah kerugian dikenal pasti dan tindakan diambil, anda boleh mengelak daripada mengulangi kesilapan yang sama.
  • Jangan berdagang tanpa tujuan. Jangan buka platform perdagangan hanya kerana, tiada apa-apa untuk dilakukan atau anda tidak boleh tidur. Hanya berdagang apabila terdapat faktor-faktor yang dapat menjustifikasikan tindakan tersebut.
  • Bekerja dan berfikir mengikut cara tersendiri. Bantuan daripada orang lain mungkin membantu, namun dalam perdagangan Forex, tidak! Anda boleh mempertimbangkan nasihat daripada pedagang-pedagang berpengalaman, tetapi jangan sesekali mengikut nasihat itu tanpa berfikir. Kejayaan pasti akan muncul apabila anda membuat analisis dan membuat strategi-strategi sendiri serta bergantunglah hanya pada keputusan anda.
  • Berdagang apabila anda benar-benar yakin. Adalah lebih baik untuk menunggu masa yang sesuai untuk memasuki pasaran, berbanding membuka pesanan apabila anda tidak memahami keadaan ketika itu. Adalah penting untuk memasuki dan meninggalkan pasaran pada masa yang sesuai. Jika anda tidak yakin, jangan ambil risiko. Kehilangan pips tidak boleh dibandingkan dengan kerugian besar yang mungkin disebabkan oleh tindakan terburu-buru. Buka sahaja pesanan kemudian: pasaran tidak akan pergi ke mana-mana.
  • Hadkan risiko anda. Gunakan sejumlah wang yang disediakan untuk perdagangan Forex sahaja, kerugian yang tidak akan menjejaskan belanjawan keluarga anda.
  • Tahu had diri anda. Tahu bila anda patut berhenti berdagang.
  • Berhati-hati dengan kejayaan awal. Jangan hilang fokus dan tenggelam dalam kegembiraan hanya kerana anda memperoleh keuntungan beberapa ratus dolar (lihat poin 2).
  • Jangan berdagang melawan pasaran. Jika anda kurang pengalaman, adalah lebih baik untuk tidak mengambil risiko. Dalam proses pergerakan harga dalam arah tertentu, pasaran mula naik/turun. Untuk mempelajari cara menggunakan turun/naik jangka pendek, anda mesti mencari pengalaman, jadi ia akan mengurangkan risiko.

Buka akaun langsung dengan JustForex untuk mengetahui bagaimana prinsip-prinsip ini boleh membantu anda berdagang dengan keuntungan.