Strategi pesanan belum selesai

Strategi pesanan belum selesai telah menjadi semakin popular di kalangan pedagang Forex. Situasi ini disebabkan oleh keberkesanan tinggi taktik perdagangan ini yang boleh mengurangkan tekanan psikologi terhadap peserta pasaran dan membuka kedudukan menguntungkan dalam situasi perubahan harga yang mendadak. Dengan bantuan strategi ini, keuntungan daripada perdagangan Forex meningkat berkali ganda. Ia boleh digunakan oleh pedagang baharu mahupun pedagang profesional untuk meningkatkan keberkesanan perdagangan.

location of the indicator in the terminal
Lokasi indikator
dalam terminal

Cara Menggunakan Strategi Belum Selesai Dengan Berkesan

Untuk menggunakan strategi ini dengan betul dalam perdagangan, anda perlu tentukan harga yang akan menyebabkan pelaksanaan pesanan, pilihan pesanan henti kerugian dan ambil keuntungan serta tempoh kewujudan pesanan.

Jenis-jenis pesanan belum selesai
Jenis-jenis pesanan belum selesai
Strategi pesanan belum selesai adalah berdasarkan pematuhan tindakan-tindakan berikut:
  • Penentuan titik kemasukan. Terdapat beberapa cara untuk menentukannya. Cara pertama ialah dengan menentukan titik kemasukan utama. Untuk cara ini, seseorang pedagang perlu melihat paras harga minimum dan maksimum penting yang akan menentukan arah pergerakan trend.

    Jika harga bergerak dalam satu saluran harga untuk beberapa ketika, pedagang boleh menetapkan parameter pesanan dengan jangkaan pembahagian dalam salah satu arah. Kadangkala wajar untuk membuat pesanan belum selesai dengan harapan bahawa garis sokongan atau rintangan akan terbahagi.

    Selain itu, pesanan had beli dan had jual juga boleh dibuat. Ia dibuat dengan jangkaan yang harga akan mencapai satu titik tertentu, di mana untuk had beli, harga akan menjadi lebih rendah berbanding harga semasa, dan untuk had jual – ia menjadi tinggi, dan akan mengikut arah trend semasa. Untuk henti beli pesanan belum selesai, harga dijangka akan terus bergerak dalam trend bull, bermaksud harga akan naik. Untuk henti beli, ia berlawanan dan harga perlu terus bergerak dalam trend bear dan semakin turun ke paras pesanan dibuat.

    Cara seterusnya adalah penggunaan berita. Seseorang pedagang perlu tahu lebih awal mengenai siaran berita utama dan membuat pesanan lebih tinggi atau rendah berbanding harga semasa. Selepas berita disahkan, trend akan meneruskan pergerakan; jika tidak, pembalikan akan berlaku. Dalam mana-mana kes, pelaksanaan pesanan akan berlaku.

  • Membuat pesanan henti kerugian. Pesanan ini dibuat mengikut strategi pedagang dan pengurusan wang.

  • Membuat pesanan ambil keuntungan. Parameternya bergantung kepada cita-cita pedagang dan situasi pasaran semasa untuk pasangan mata wang tertentu. Anda perlu menganggar saiz keuntungan yang mungkin dan kebarangkalian untuk pembalikan trend.

  • Tempoh kewujudan pesanan. Aspek ini adalah penting untuk strategi yang diterangkan. Anda perlu tetapkan masa tamat tempoh bagi membolehkan pesanan belum selesai dilaksanakan mengikut parameter yang ditetapkan oleh pedagang. Jika tidak, pesanan akan dilaksanakan tanpa mengikut strategi perdagangan pedagang.

Dengan mempertimbangkan nuansa yang serupa, ia tidak mustahil untuk mempelajari cara menggunakan strategi pesanan belum selesai dengan berkesan dan meningkatkan hasil perdagangan Forex.

oleh Justforex, 05/08/2017

Artikel Terakhir
Semua Artikel