Cara Memulakan Perdagangan Saham: Panduan untuk Pedagang Baharu

Jika anda mahu mula melabur, tetapi terdapat banyak persoalan di minda, anda telah datang ke tempat yang betul. Melabur dalam saham adalah cara duit bekerja untuk anda, untuk menjadikan anda lebih kaya. Ini perkara yang difikirkan oleh Warren Buffett, salah seorang pelabur Amerika paling berjaya, tentang pelaburan – "…proses meletakkan wang sekarang untuk mendapatkan lebih banyak wang di masa akan datang." Mungkin ada kebimbangan terhadap kerumitan proses ini, tetapi ia hanya disebabkan anda berada di peringkat awal perjalanan ini dan perlu mengikut perkara asas mengenai pelaburan. Ia mengambil sedikit masa untuk membuat kajian yang terperinci dan memahami perkara yang anda "mahukan".

Ini perkara yang difikirkan oleh Warren Buffett, salah seorang pelabur Amerika paling berjaya, tentang pelaburan – "…proses meletakkan wang sekarang untuk mendapatkan lebih banyak wang di masa akan datang."

Bagaimana Pasaran Saham Berfungsi?

Aset-aset seperti saham difahami sebagai pemilikan sebahagian pecahan dalam pemilikan syarikat, sementara pasaran saham itu sendiri adalah dunia yang dinamik, tempat ratusan ribu pelabur sibuk membeli dan menjual ekuiti setiap hari. Pasaran ekuiti mempunyai impak yang besar kepada kadar pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Ia membolehkan syarikat memperoleh keuntungan dan mengembangkan bidang aktiviti mereka. Sekiranya syarikat mengeluarkan lima puluh ribu saham dengan harga $13 sesaham, maka syarikat memperolehi $650,000 sebagai modal untuk menghidupkan idea perniagaan mereka. Mengapa syarikat menawarkan saham mereka? Meminjam wang bukanlah satu-satunya pilihan di sini kerana syarikat ingin mengelak daripada hutang.

Dan bagaimana pula dengan pelabur? Membeli ekuiti adalah kaedah terbaik untuk memperolehi keuntungan daripada syarikat yang disenaraikan secara terbuka. Terdapat dua cara pelabur boleh mendapatkan keuntungan dengan membeli saham:

  • Dividen. Ia melibatkan sejumlah wang yang dibayar kepada pemegang saham (pelabur) oleh syarikat untuk berkongsi keuntungan mereka.
  • Menjual saham. Sekiranya harga ekuiti meningkat dari harga ia dibeli, maka wajar untuk dipertimbangkan penjualannya. Katakanlah, sekiranya pelabur membeli saham pada harga $15 dan ia meningkat kepada $30, maka pelabur memperolehi keuntungan 100% dengan menjual saham miliknya.
Cara Memulakan Perdagangan Saham: Panduan untuk Pedagang Baharu

Pelaburan Saham untuk Pedagang Baharu

Membeli saham bukanlah sains roket sekiranya anda mengikuti langkah yang disyorkan dan mengutamakan disiplin. Anda telah membuat keputusan untuk menjadi pelabur, inilah langkah pertama. Biar kami bimbing anda dalam langkah seterusnya yang akan membantu anda untuk melabur dalam saham:

Tentukan pendekatan pelaburan anda

Itu semua bergantung kepada pilihan peribadi masing-masing. Anda mungkin lebih cenderung kepada analisis atau anda tidak mahu menyelami "perincian" tersebut, anda bersedia untuk menumpukan beberapa jam sehari untuk mengkaji pasaran ekuiti, atau anda tidak sanggup untuk menghabiskan masa lebih dari 4 jam dalam seminggu untuk pasaran ekuiti. Walau apa pun pendekatan yang anda pilih, anda masih calon yang baik untuk memulakan perdagangan ekuiti kerana keinginan yang kuat membantu dalam mencari jawapan kepada "bagaimana" dan "apa".

Cari broker atas talian

Di sinilah tempat anda membuka akaun, membiayainya dan mula membeli saham melalui laman web broker dalam masa beberapa minit sahaja. Bagaimana cara untuk mencari broker saham yang boleh dipercayai? Buat penyelidikan yang baik dan beri perhatian kepada maklum balas pelanggan di platform bebas seperti Trustpilot dan sebagainya.

Industri apa yang anda minati?

Sebelum anda memutuskan untuk membeli ekuiti, anda harus mengenal pasti industri yang mempunyai peluang agak tinggi untuk memimpin pasaran di masa akan datang. Ini adalah beberapa daripadanya: industri penjagaan kesihatan, industri air, industri teknologi, industri berkaitan budi bicara pelanggan, industri makanan, industri barang pengguna yang bergerak pantas, industri tenaga utiliti. Inilah caranya anda mengecilkan bidang pilihan anda dan fokus kepada syarikat yang mempunyai potensi besar untuk berkembang.

Lakukan beberapa kajian mengenai saham

Selepas anda tentukan industri, tiba masanya untuk mencari ekuiti yang tepat untuk pelaburan. Ini perkara yang dikatakan oleh Warren Buffet "Beli dalam sesuatu syarikat kerana anda ingin memilikinya, bukan kerana anda inginkan ekuitinya meningkat," Apa pendapat anda? Setelah anda membuat pilihan dan menjumpai syarikat tersebut, buat penyelidikan. Anda harus bermula dengan laporan tahunan syarikat, kedudukan hutang bersihnya, dan margin keuntungan bersih. Bergantung kepada nombor.

Labur dan raih keuntungan

Kaedah yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan keuntungan dalam pasaran saham adalah dengan membeli saham syarikat yang mempunyai harapan pada harga yang anda selesa bayar dan pegang saham tersebut sehingga perniagaan menunjukkan prestasi yang kukuh atau sehingga anda perlukan duit. Mula berdagang saham sehingga sampai ke puncaknya.

Sebelum anda memutuskan untuk membeli saham, anda harus mengenal pasti industri yang mempunyai peluang tinggi untuk memimpin pasaran di masa akan datang.

Kelebihan Pelaburan Saham

Tiada siapa yang dapat meramal pergerakan pasaran saham dan ia sangat bergantung kepada faktor-faktor berbeza seperti kekuatan ekonomi, situasi politik, bahkan perubahan iklim, tetapi, masih ada kelebihan tertentu yang tidak boleh dinafikan dalam pelaburan saham.

  • Mudah dikuasai. Ambil masa anda. Ya, anda boleh mulakan pelaburan dan berlatih selangkah demi selangkah untuk mengasah kemahiran. Hanya fikirkan jumlah pelaburan yang anda rasa selesa dan cuba.
  • Mudah dibeli. Setelah anda mempunyai akaun dan meluangkan masa membuat analisis, anda boleh membeli saham dalam masa hanya beberapa minit.
  • Melebihi kadar inflasi. Purata kadar pulangan tahunan adalah 10%, dan ia lebih baik dari kadar purata inflasi tahunan.
  • Mudah dijual. Sekiranya anda membuat analisis dan syarikat memenuhi syarat pelaburan, maka mudah untuk menjual saham. Perkara penting lainnya adalah kecairan pasaran yang menjadi kawan baik anda untuk membeli atau menjual.
  • Fleksibel. Perdagangan anda bergantung kepada pilihan peribadi sendiri. Tentukan.

Akhir kata

Anda berada di peringkat awal perjalanan perdagangan anda, jangan terus laburkan wang dalam saham. Pertama sekali, buat kerja rumah, bersikap realistik terhadap visi dan harapan anda, kekal fokus dan anda akan memahami kesemuanya.

Tentang Justforex

Justforex adalah broker antarabangsa dengan pelanggan dari 197 buah negara. Jutaan orang telah membuka akaun perdagangan di Justforex untuk mendapatkan manfaat dari syarat perdagangan terbaik, termasuk spread yang rendah, pengeluaran tanpa komisen, dan pasukan sokongan yang sangat membantu yang bekerja sepanjang masa untuk memastikan setiap pelanggan kami merasai pengalaman perdagangan yang paling menyenangkan.

Buka akaun demo di Justforex untuk mencuba perdagangan mata wang. Ia adalah cara yang bebas risiko untuk belajar berdagang di pasaran kewangan yang paling tinggi kecairannya. Akaun pembelajaran akan membantu anda untuk mempelajari perdagangan FX dan membangunkan strategi perdagangan anda sendiri sebelum melaburkan wang. Belajar berdagang hari ini untuk kelangsungan masa hadapan anda.

oleh Justforex, 15/07/2021

Artikel Terakhir
Semua Artikel