Peraduan-peraduan dagangan Forex

Broker-broker Forex berusaha gigih untuk menyusun pelbagai jenis peraduan dan pertandingan Forex kepada pelanggan untuk menjaga dan mengekalkan kepentingan dan perhubungan trader dengan laman web atau platform dagangan mereka. Peraduan-peraduan dagangan Forex ini digunakan oleh broker Forex dalam talian untuk membuatkan trader lebih aktif dan sentiasa berwaspada dalam proses dagangan mereka. Sebenarnya, peraduan-peraduan Forex disusun untuk menguji kemahiran dan keupayaan dagangan para trader Forex. Peraduan yang sering kali disusun adalah peraduan percuma yang boleh dibahagikan kepada pertandingan demo atau live.

Forex contests

Demo Forex bertanding

Trader dengan mudah boleh menyertai pertandingan demo Forex tanpa perlu mendepositkan wang ke dalam akaun mereka! Dengan mewujudkan sebuah hubungan yang kukuh bersama trader lain yang memiliki minat serupa, setiap trader mampu memperoleh pelbagai manfaat. Menyertai pertandingan demo memberi trader peluang untuk merasai pengalaman berdagang dalam Forex, malah berpeluang untuk memenangi wang tunai (jika menang pertandingan), tanpa perlu mengeluarkan sebarang dana. Pertandingan demo Forex juga memberi keuntungan pada syarikat-syarikat Forex yang menyediakan pertandingan sedemikian kerana pemenang kebiasaannya akan memilih broker yang mengendali pertandingan.

Pertandingan dalam dagangan terbukti mampu memberi pulangan yang tinggi malah mendorong semangat para trader.

Pertandingan live Forex

Pertandingan live Forex adalah antara pertandingan paling popular. Pertandingan ini boleh memberikan trader sejumlah ganjaran dan kelebihan besar. Kemahiran-kemahiran dagangan trader akan mudah diuji dengan bantuan pertandingan ini. Tidak seperti pertandingan demo, anda dikehendaki untuk mendepositkan akaun pertama anda supaya berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan. Jangan khuatir. Anda bukan perlu melakukan sebarang perkara yang luar biasa. Anda hanya perlu berdagang dengan syarat-syarat yang diberi broker. Kejohanan-kejohanan pertandingan Forex seperti maraton buat trader, kejohanan dagangan, peraduan trader paling berjaya mingguan, dan pelbagai peraduan lain adalah antara beberapa jenis peraduan Forex lain yang sering digunakan oleh syarikat perdagangan Forex dalam talian untuk melibatkan trader dengan lebih banyak dalam pengalaman perdagangan yang lebih bermakna dan menguntungkan.

Pertandingan dalam dagangan terbukti mampu memberi pulangan yang tinggi malah mendorong semangat para trader untuk memperoleh lebih banyak wang dan mempamerkan kemahiran dagangan mereka. Hakikatnya, semua jenis pertandingan Forex mensasarkan keupayaan individu trader dan memberi peluang buat mereka untuk meneroka peluang-peluang baru. Broker Forex tidak hanya menyediakan pertandingan berdagang semata-mata. Terdapat pelbagai pertandingan lain seperti artikel Forex terbaik, komen dalam forum terbaik, keupayaan mencari kesalahan dalam laman web dan bermacam-macam-macam lagi. Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis pertandingan dan peraduan Forex: sesetengah daripada pertandingan berkaitan dengan dagangan, namun sesetengah lagi tidak. Yang pasti, setiap pertandingan adalah antara cara untuk memperoleh pendapatan lebih.

Peraduan-peraduan Forex adalah salah satu jalan terbaik untuk meningkatkan kemahiran dagangan anda. Peraduan ini nyata amat berharga terutamanya buat trader yang mahu belajar tentang Forex.

oleh JustForex, 05/05/2017