Peraturan Perdagangan Forex Terbaik untuk Pedagang Baharu

Peraturan Perdagangan Forex Terbaik untuk Pedagang Baharu

Perdagangan Forex bukanlah sains roket, tetapi ia mungkin dilihat sebagai sesuatu yang luar biasa. Mengapa begitu? Bercakap tentang pedagang baharu, sebab utama kepada ketakutan mereka yang agak munasabah adalah kerana mempunyai harapan yang menipu diri sendiri. Mereka mahukan segalanya serta merta; maka, mereka melangkau prinsip asas, mengabaikan peraturan, dan mengutamakan kuantiti berbanding kualiti. Hasil dari "gaya" ini sangat mengecewakan – katakan helo kepada kerugian kewangan, kurangnya motivasi, dan kebingungan. Pedagang profesional tidak menjadi profesional dalam satu hari. Mereka telah mengasah kepakaran mereka melalui disiplin dan latihan.

9 Peraturan Perdagangan Forex Teratas

Biar kami bimbing anda tentang peraturan-peraturan yang membantu anda untuk berada di landasan yang betul dan berkembang sebagai seorang pedagang.

Broker yang Boleh Dipercayai

Mungkin ia kedengaran sangat ketara, tetapi terdapat ramai pedagang baharu yang melangkau langkah penting ini dan tidak meluangkan masa yang mencukupi untuk menganalisis broker yang boleh dipercayai dalam pasaran forex. Mengapa ia sangat penting? Syarat perdagangan bergantung kepada broker yang anda gunakan, maka pilihlah dengan bijak. Anda seharusnya fokus membaca ulasan pelanggan di platform bebas seperti Trustpilot. Di sinilah para pedagang berkongsi pengalaman mereka tanpa helah pemasaran. Kebenaran yang nyata adalah sesuatu yang anda perlukan.

Baca lebih lanjut: Perdagangan Forex untuk Pedagang Baharu pada 2021

Mula dengan Akaun Demo

Latihan membuahkan kesempurnaan. Sebagai pedagang baharu, anda berpeluang melihat cara pasaran berfungsi dan menjalankan operasi perdagangan tanpa perlu membuat sebarang deposit wang. Malah pedagang profesional boleh menggunakan akaun demo untuk mencuba strategi sebelum menggunakannya di akaun sebenar. Perkara terpenting yang perlu diingat adalah sikap perdagangan anda pada akaun demo akan sentiasa berbeza dengan akaun sebenar memandangkan anda membuat deposit duit sebenar dan akan menjadikan anda membuat pertimbangan lebih untuk membuka/menutup perdagangan anda. Harap-harapnya.

Kurang Emosi, Lebih Rasionaliti

Keadaan mental anda banyak mempengaruhi keputusan anda. Jumlah pedagang yang kehilangan wang kerana terlalu beremosi adalah tidak dapat dijangka. Masalahnya adalah adrenalina dapat membawa anda kepada bencana. Sukar untuk mendapatkan cadangan tentang cara untuk menangani bahagian emosi kerana itu adalah tanggungjawab anda. Utamakan sifat wajar dan selalu berfikir sebelum anda memulakan langkah.

Pilih Rangka Masa Anda

Terdapat banyak rangka masa yang tersedia dalam platform perdagangan: 1-minit, 5-minit, 15-minit, 30-minit, 1-jam, 4-jam, harian, mingguan, dan bulanan. Tanpa menentukan rangka masa yang digunakan untuk berdagang, terdapat kemungkinan besar ia akan berakhir dengan kegagalan analisis. Sebagai contoh, rangka masa 4-jam boleh menggambarkan trend menurun sementara terdapat trend menaik pada rangka masa 1-jam. Tentukan rangka masa yang memenuhi jangkaan perdagangan anda dan fokus kepadanya.

Tanpa menentukan rangka masa yang digunakan untuk berdagang, terdapat kemungkinan besar ia akan berakhir dengan kegagalan analisis.

Duit

Duit dalam akaun perdagangan anda adalah jumlah yang seharusnya tidak memainkan peranan penting dalam rancangan kewangan anda. Sentiasa ingat bahawa terdapat naik dan turun dalam perdagangan bergantung kepada situasi berbeza bermula dari kekurangan pengalaman sehinggalah peristiwa tidak dijangka yang mempengaruhi pasaran. Jadi, anda harus bersedia dari segi psikologi untuk kerugian yang kecil demi menguruskan situasi berisiko dengan jayanya.

Ikut Harga Pasaran

Pasaran bergerak lebih tinggi dan semakin tinggi; anda harus mencari peluang untuk membeli. Sekiranya pasaran semakin menurun, ia adalah petunjuk kepada peluang untuk menjual. Jangkaan anda harus sentiasa berdasarkan fakta dan bila ia tiada - trend yang anda lihat adalah perkara penting.

Gaya Perdagangan

Gaya perdagangan anda sangat bergantung kepada personaliti anda. Sebagai contoh, jika anda tidak boleh bayangkan anda mengakhiri hari anda dengan posisi terbuka, maka perdagangan harian adalah untuk anda. Atau sebaliknya - perdagangan kedudukan. Di sini seseorang individu akan memegang kedudukan untuk satu jangka masa yang lama tanpa perlu memantau pasaran dengan kerap.

Gaya perdagangan anda sangat bergantung kepada personaliti anda.

Laksanakan Analisis

Jadikan belajar dari kesilapan itu satu tabiat anda. Pedagang berpengalaman menjadikan analisis sebagai bahagian penting dalam aktiviti perdagangan mereka. Memulakan analisis anda di hujung minggu adalah idea yang baik memandangkan pasaran masih ditutup, dan anda boleh menumpukan perhatian pada isu-isu yang berlaku di sepanjang minggu yang tidak boleh diabaikan di masa hadapan. Setelah anda memperolehi lebih banyak pengalaman dan kemahiran, anda akan mendapat pemahaman yang lebih baik mengenai waktu terbaik untuk menilai, katakanlah, keberkesanan strategi perdagangan anda.

Analisis Asas dan Teknikal

Apabila merujuk kepada analisis asas, kebiasaannya para pedagang menumpukan perhatian kepada hal ekonomi sesetengah negara dan mata wangnya. Terdapat juga perkara lain yang tidak patut diabaikan, seperti situasi politik, polisi kerajaan, kadar inflasi dan data KDNK, dll. Senarainya sememangnya panjang; kestabilan mata wang juga boleh dipengaruhi oleh keadaan cuaca yang buruk.

Bagaimana analisis sebegini membantu dalam proses membuat keputusan? Para pedagang boleh menentukan nilai sebenar sesuatu mata wang – sama ada ia dinilai lebih – atau dinilai rendah. Sekiranya ia dinilai lebih, para pedagang akan mempertimbangkan untuk menjual mata wang. Sebaliknya, jika ia dinilai rendah, maka ia masuk akal untuk membeli aset.

Dalam kes analisis teknikal, para pedagang mengkaji analisis statistik pasaran dengan mendalam berdasarkan sejarah harga untuk menentukan arah pergerakan aset. Itu adalah kes di mana penggunaan pelbagai carta adalah kaedah terbaik untuk mengenal pasti corak dan menggambarkan harga masa lalu. Indikator teknikal juga sangat membantu dalam menilai harga pasaran; ini adalah sebahagian daripadanya: Jalur Bollinger, MACD, RSI dan sebagainya. Maka, kita mempunyai dua jenis analisis yang berbeza, tetapi di sinilah kombinasi ini memainkan peranan penting dan mendorong pencapaian perdagangan anda ke tahap yang lebih tinggi.

Akhir Kata

Mengikut syarat perdagangan forex adalah berbaloi. Ia membuat anda lebih terurus dan stabil. Jangan cuba untuk memahami semua perkara dalam satu masa - ambil pendekatan langkah-demi-langkah yang dapat mencegah anda dari situasi berisiko. Sebagai contoh, anda boleh fokus kepada tiga pasangan mata wang serentak dan bingung dengan semua maklumat yang diperolehi, atau anda hanya mengembangkan kemahiran anda dengan mula berdagang satu pasangan mata wang. Ya, ia memerlukan masa dan usaha, tetapi apa perkara yang tidak memerlukan kedua perkara tersebut?

Tentang Justforex

Justforex adalah broker antarabangsa dengan pelanggan dari 197 buah negara. Berjuta-juta orang telah membuka akaun perdagangan di Justforex untuk mendapatkan manfaat dari syarat perdagangan terbaik, termasuk spread yang rendah, pengeluaran tanpa komisen, dan pasukan sokongan yang sangat membantu, yang bekerja sepanjang masa untuk memastikan setiap pelanggan kami mempunyai pengalaman perdagangan yang paling menyenangkan.

Buka akaun demo di Justforex untuk mencuba perdagangan mata wang. Ia merupakan cara tanpa risiko untuk belajar berdagang di pasaran kewangan yang paling tinggi kecairannya. Akaun pembelajaran akan membantu anda mempelajari asas-asas perdagangan dan membangunkan strategi perdagangan anda sendiri sebelum anda melaburkan wang. Belajar berdagang hari ini untuk kelangsungan masa hadapan anda.

oleh Justforex, 09/09/2021

Artikel Terakhir
Semua Artikel