Awesome Oscillator

Indikator paling penting yang pernah dicipta oleh Bill Williams ialah Awesome Oscillator (AO) yang diintegrasikan dalam terminal perdagangan anda. Matlamatnya adalah untuk menentukan momentum semasa pasaran, cth. daya penggeraknya iaitu pengiraan kedua yang membantu menghasilkan strategi perdagangan yang berjaya.

Apabila anda membuka tetingkap indikator Awesome Oscillator, anda akan melihat satu histogram dengan bar yang dipisahkan oleh garisan sifar (garisan kosong) dan bertukar warna. Warna hijau bermaksud mengikut formula, nilai bar ini adalah lebih tinggi berbanding nilai sebelumnya dan warna merah bermaksud ia lebih rendah. Anda harus ingat satu peraturan, iaitu anda hanya perlu membeli apabila bar berwarna hijau dan menjual apabila ia berwarna merah, dan bukan sebaliknya.

Awesome Oscillator location
Lokasi indikator
dalam terminal
Awesome Oscillator view
Indikator
pada carta

Isyarat Awesome Oscillator untuk Memasuki Pasaran

Bill Williams menawarkan untuk mengingati 3 isyarat Awesome Oscillator yang membenarkan anda memasuki pasaran:
  • Piring (Saucer). Untuk membuka kedudukan yang panjang, anda memerlukan 3 bar di atas sifar. Mari namakan ia sebagai A, B, C. A hendaklah lebih tinggi berbanding B, cth. ia hendaklah berwarna hijau. B pula haruslah berwarna merah. C adalah bar isyarat dan ia hendaklah berwarna hijau. Jadi anda akan melihat lekuk kecil pada histogram. Ini adalah isyarat yang mendorong kepada pembelian. Pesanan tertangguh perlu ditetapkan pada satu mata yang lebih tinggi dari bar Tinggi yang bersamaan dengan bar isyarat. Berkenaan isyarat untuk membeli, ia muncul sebagai tiga bar tetapi berada di bawah garisan sifar (garisan kosong). Dalam kes ini, A dan C berwarna merah dan B berwarna hijau.
  • Persilangan garisan kosong. Untuk membeli mata wang, anda perlu menanti kemunculan bar hijau yang terletak di atas garisan sifar (garisan kosong) yang didahului oleh bar merah di bawah garisan ini. Jika anda mencari kemasukan ke dalam kedudukan pendek, maka bar hijau harus digantikan oleh bar merah.
  • Sila lihat histogram dengan teliti. Sebagai contoh, anda lihat bahawa bar telah membentuk 2 puncak di mana terdapat lekuk dan semua ini terletak di atas sifar. Jadi jika puncak kedua (dari kiri ke kanan) lebih dekat dengan garisan sifar berbanding puncak pertama, ini adalah isyarat jual. Begitu juga dengan isyarat beli, anda mencari 2 puncak di bawah garisan sifar dan puncak terakhir perlu berada dekat dengan garisan ini. Jika anda beli semasa Awesome Oscillator berada di atas sifar dan jual apabila ia berada di bawah sifar, maka itu adalah satu-satunya isyarat apabila anda melakukannya dalam arah yang bertentangan. Pada saat ini anda kemungkinan melihat satu pencapahan (divergence). Sebagai contoh, anda melihat bar menaik, tetapi Awesome Oscillator sebaliknya semakin dekat dengan garis sifar, ini bermaksud gelombang kelima (gelombang Elliott) dan sekarang harga akan dibetulkan, cth. pergerakan ke arah bertentangan dari arah asal akan bermula.

Apabila berdagang mengikut konsep Bill Williams, anda perlu ingat bahawa isyarat pertama untuk sebarang tindakan adalah fraktal berisi (lima bar) di luar Rahang aligator. Selepas penggerakannya (pelaksanaan pesanan tertangguh yang dibuat), anda mula mencari isyarat dari ukuran-ukuran lain. Dan jangan lupa, perkara paling penting adalah anda harus beli hanya apabila bar berwarna hijau dan jual apabila berwarna merah.

Dan perhatikan juga histogram kerana sebelum pesanan tertangguh dibuka, isyarat berlawanan boleh muncul pada bila-bila masa dan situasi akan menjadi tidak jelas. Dalam kes ini, batalkan pesanan dan bersedia untuk keluar dari pasaran dengan keuntungan yang mana dibuat dengan bantuan fraktal. Sebagai tambahan kepada isyarat, Awesome Oscillator menunjukkan anda daya penggerak dan membolehkan anda mengagak keadaan pasaran dengan lebih jelas, itulah sebab mengapa indikator ini perlu berada dalam konsep pedagang yang berjaya.

oleh JustForex, 10/07/2017