5 Cara untuk Belajar Perdagangan Saham pada tahun 2021

Prospek menjana wang di pasaran saham hari ini telah menarik ramai orang untuk berdagang berbanding berpegang pada pelaburan jangka masa panjang. Sejak bermulanya pandemik COVID, jumlah perdagangan harian telah meningkat secara mendadak. Sesetengah orang berdagang untuk mempelbagaikan pendapatan mereka, manakala sesetengah daripadanya berdagang untuk keseronokan. Walau apa pun motivasi anda, terdapat beberapa cadangan yang anda boleh ikut untuk mengelakkan kerugian dan meningkatkan kebarangkalian anda untuk berjaya. Ketahui cara untuk melakukannya menerusi artikel ini.

Perdagangan vs. Pelaburan

Sebagai permulaan, anda harus memahami perbezaan antara pelaburan dan perdagangan. Secara tradisionalnya, pasaran saham dilihat sebagai tempat pelaburan jangka masa panjang yang mengambil masa beberapa tahun untuk membuahkan hasil dalam bentuk dividen dan/atau hasil daripada kenaikan harga di masa hadapan. Namun, hari ini, orang ramai melihatnya sebagai peluang untuk mengaut keuntungan jangka masa pendek yang tercapai daripada hasil aktiviti membeli dan menjual yang kerap.

5 Cara untuk Belajar Perdagangan Saham pada tahun 2021

Kenapa Berdagang Saham

Kelebihan pendekatan perdagangan adalah jelas. Ia boleh membuahkan hasil dengan cepat berbanding strategi pelaburan yang lama. Tambahan pula, ia menawarkan pelbagai strategi, membolehkan pedagang memanfaatkan kedua-dua pasaran menaik atau menurun. Akhir sekali, proses ini sendiri sangat mengujakan dan memerlukan banyak kemahiran berfikir analitis dan kemahiran pengurusan risiko. Namun, perdagangan adalah berisiko, terutamanya untuk pedagang baharu. Inilah sebabnya sesiapa yang bercadang untuk memulakannya, perlu melalui beberapa peringkat persediaan.

1. Pilih Broker

Sebahagian daripada kejayaan anda bergantung kepada syarat yang anda pilih. Inilah sebabnya anda harus meluangkan masa untuk membandingkan syarat-syarat perdagangan broker-broker yang berbeza. Sebagai pedagang, anda akan tertarik dengan spread paling rendah dan transaksi tanpa komisen. Namun jangan lupa, syarat yang nampak terlalu baik untuk menjadi kenyataan, berkemungkinan tidak begitu baik. Ingat bahawa wujud ruang untuk kegiatan penipuan dalam bidang ini, sama seperti yang lain. Untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan broker palsu, semak ulasan dari sumber yang boleh dipercayai, contohnya Trustpilot.

2. Buka Akaun Perdagangan

Bagaimana Cara untuk Belajar Perdagangan Saham Secara Percuma?

Tiada teori yang dapat mengajar anda untuk berdagang seperti latihan. Untuk memulakan perdagangan, anda harus membuka akaun perdagangan. Anda mungkin bertanya "Bukankah ia terlalu berisiko untuk membuka akaun perdagangan tanpa sebarang pengetahuan?". Tidak, sekiranya anda bermula dengan akaun demo. Akaun demo atau pembelajaran menunjukkan situasi sebenar pasaran dan membolehkan anda membuka atau menutup perdagangan berdasarkan pergerakan harga pada waktu sebenar. Tambahan pula, anda berpeluang untuk menyesuaikan diri dengan terminal perdagangan dan menguji strategi anda. Ia tidak berisiko kerana tidak melibatkan sebarang deposit di pihak pedagang.

Setelah anda yakin dengan kemahiran sendiri, buka akaun perdagangan biasa dan buat deposit untuk melakukan perdagangan sebenar pertama anda. Para pedagang mengatakan terdapat perbezaan menggunakan akaun demo dengan berdagang menggunakan duit sebenar. Ini disebabkan psikologi manusia yang takut kehilangan dana mendorong pedagang membuat tindakan tidak rasional, sebagai contoh menutup pesanan lebih awal dari yang sepatutnya. Kebolehan untuk mengatasi ketakutan ini hanya boleh dikuasai dengan proses perdagangan sebenar. Walaupun begitu, ia bukanlah idea yang baik untuk melaburkan wang yang banyak pada peringkat awal. Ingatlah, peraturan utama pelaburan adalah ini "Jangan ambil risiko melebihi jumlah kerugian yang anda mampu terima."

3. Pelajari Asas Perdagangan Saham

Terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan tanpa perdagangan. Sebagai contoh, mengetahui syarat asas pasaran dan memahami perbezaan jenis pesanan juga akan membantu. Anda harus belajar mengenai perbezaan antara pesanan pasaran, pesanan had, dan variasinya. Pastikan anda mengetahui semua perkara penting sebelum melakukan perdagangan pertama anda. Semuanya boleh ditemui dalam talian. Broker yang baik menyediakan beberapa bahan pembelajaran dalam laman web mereka. Gunakannya sebagai kelebihan anda.

5 Cara untuk Belajar Perdagangan Saham pada tahun 2021

4. Kuasai Analisis Teknikal dan Asas

Perdagangan bukanlah pertaruhan. Kejayaan perdagangan anda bergantung kepada analisis yang telah dibuat dan strategi yang telah anda bangunkan. Ia mungkin kedengaran menakutkan kepada sesiapa yang tidak pernah berdagang sebelum ini, tetapi ia tidaklah sesukar mana sekiranya anda bermula dengan perkara asas. Belajar membaca carta dan menggunakan penunjuk teknikal adalah berbaloi. Setelah anda tahu cara untuk menganalisis trend harga dan jumlah dagangan, anda akan meningkatkan strategi anda dan mencapai keputusan yang lebih baik.

Baca lebih lanjut: Penunjuk Saham Terbaik

Harga saham bergantung kepada pelbagai faktor ekonomi. Inilah sebabnya mengapa mengikuti peristiwa ekonomi utama adalah penting kepada pedagang profesional. Mengetahui peristiwa yang berlaku dalam pasaran kewangan akan membantu anda membuat kesimpulan mengenai nilai saham yang wajar dan mengubah strategi anda sewajarnya. Tambahan pula, analisis asas berkaitan dengan memeriksa pendapatan syarikat dan pesaingnya. Anda boleh melanggan surat berita Justforex untuk mendapatkan gambaran keseluruhan pasaran setiap hari.

5. Lakukan Pembacaan

Terdapat banyak perkara yang anda boleh belajar dengan membaca bacaan khusus. Buku seperti "Reminiscences of a stock operator" dan "Trade your way to financial freedom" akan memberi anda pandangan dan inspirasi yang berguna daripada pedagang yang berpengalaman. Selain itu, harta karun yang mempunyai maklumat berguna boleh dijumpai di blog, saluran Youtube, dan artikel. Kebanyakannya adalah iklan, jadi ia menjadi tugas anda untuk menapis maklumat yang anda boleh gunakan. Perkara yang sama boleh terjadi di kursus luar talian.

Anda boleh menjumpai banyak maklumat yang membantu tentang perdagangan dalam pasaran kewangan di bahagian artikel Justforex.

Kesimpulan

Terdapat beberapa langkah yang anda tidak boleh tinggalkan sekiranya anda ingin berjaya dalam pasaran saham. Mencari broker yang mempunyai reputasi baik dengan syarat perdagangan yang menguntungkan adalah permulaannya. Belajar konsep asas adalah perlu, tetapi untuk berjaya, anda perlukan latihan. Jalan terbaik dan termudah adalah bermula dengan akaun demo. Belajar tentang perdagangan saham secara dalam talian boleh dilakukan, namun, menghadiri kursus dan seminar luar talian mungkin memberikan anda beberapa pandangan tambahan.

Tentang Justforex

Justforex adalah broker antarabangsa dengan klien dari 197 buah negara. Berjuta-juta orang telah membuka akaun perdagangan di Justforex untuk mendapat keuntungan daripada syarat-syarat terbaik, termasuk spread yang rendah, pengeluaran tanpa komisen, dan pasukan sokongan pelanggan yang sangat membantu, bekerja sepanjang masa untuk memastikan setiap klien kami merasai pengalaman perdagangan yang menyenangkan.

Buka akaun demo dengan Justforex untuk mencuba sendiri perdagangan mata wang. Ia adalah cara untuk belajar berdagang tanpa risiko di pasaran kewangan yang paling tinggi kecairannya. Akaun pembelajaran akan membantu anda belajar mengenai asas perdagangan FX dan membentuk strategi perdagangan sendiri sebelum melaburkan sebarang wang. Belajar berdagang hari ini untuk masa hadapan anda.

oleh Justforex, 15/07/2021

Artikel Terakhir
Semua Artikel