Berita kami

AmBank Malaysia telah menjalankan kempen penguatkuasaan keselamatan

 – 21/07/2021
Klien-klien dihormati,
Kumpulan Justforex ingin memaklumkan kepada anda bahawa baru-baru ini AmBank Malaysia telah menjalankan kempen penguatkuasaan keselamatan pada 12 Julai 2021, sehubungan dengan itu, klien-klien kini dikehendaki untuk mengemas kini maklumat peribadi mereka menggunakan kaedah-kaedah berikut:
  • 1. Lengkapkan kemas kini maklumat dengan log masuk ke akaun AmBank;
  • 2. Lengkapkan e-borang di ambank.com.my/ODD;
  • 3. Hubungi pusat bantuan AmBank di 03-2178 8888, beroperasi setiap hari dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam;
  • 4. Kunjungi mana-mana cawangan AmBank semasa waktu perbankan.
Kami menyarankan anda untuk mengemas kini maklumat peribadi anda. Jika tidak, anda mungkin tidak dapat menjalankan sebarang transaksi tanpa melengkapkan kemas kini maklumat peribadi anda seperti yang diminta oleh AmBank.
Salam hormat,
Kumpulan Justforex