Berita kami

JustForex Melancarkan MetaTrader 5

 – 2020.03.05
Klien-klien dihormati,

Syarikat kami sentiasa berusaha untuk mengikuti keperluan klien-klien kami, menyediakan anda dengan perkhidmatan berkualiti tinggi dan pengalaman terbaik dalam perdagangan. Kami sentiasa menambah bilangan instrumen perdagangan yang tersedia dan menawarkan penyelesaian yang paling relevan dan popular untuk mengakses pasaran kewangan.

Akhirnya, selepas tempoh integrasi teknikal yang lama, kini kami bersedia untuk memperkenalkan platform perdagangan MetaTrader 5. Kini klien-klien kami boleh menggunakan MT5 terkini dengan pelbagai jenis ciri-ciri inovatifnya! Platform ini disediakan dalam beberapa versi untuk kemudahan anda – komputer, mudah alih untuk pengguna Android dan iOS, dan juga versi web. Jangan teragak-agak untuk menggunakan yang terbaik daripada terminal perdagangan anda!

Sila ambil maklum yang syarikat akan terus menyokong kedua-dua MT4 dan MT5.

"Kami percaya perdagangan yang cekap itu bermula dengan platform perdagangan yang hebat. Platform MT5 adalah jawapannya kerana ia meningkatkan peluang perdagangan dengan ketara. MetaTrader 5 ialah generasi seterusnya untuk MetaTrader 4 dan bertujuan untuk menjadikan perdagangan lebih selesa dan mudah," © Sergey Kisel, Ketua Pembangunan Perniagaan.

Ciri-ciri inovatif akan membolehkan pedagang-pedagang profesional menjana lebih banyak pendapatan dengan MT5:

  • • 21 rangka masa termasuk M1, M5, M15, M30, H1, H4, D1, W1, dan MN1;
  • • Kedalaman Pasaran;
  • • Drag’n’Drop dan Perdagangan Satu Klik;
  • • Penguji strategi yang ditambah baik dengan tetapan yang banyak dan ‘tick’ masa nyata;
  • • Kalendar ekonomi terbina dalam – indikator makroekonomi utama, laporan berita terus ke platform anda;
  • • Pelbagai jenis instrumen untuk analisis teknikal – lebih daripada 80 alat analisis dan indikator teknikal.

Selain itu, JustForex menawarkan syarat-syarat perdagangan yang menakjubkan buat untuk pengguna MetaTrader 5

  • • Sama seperti MT4, anda boleh membuka akaun perdagangan dalam mata wang berbeza: USD, EUR, MYR, IDR, THB, VND, KWD, CNY, ZAR.
  • • Leveraj sehingga 1:3000.
  • • Pada masa ini, lebih daripada 80 instrumen perdagangan untuk didagangkan dalam MT5.
  • • Tawaran bonus kami akan disediakan berserta platform MT4 dalam masa terdekat.

Itu baru permulaan. Kami akan tambah lebih banyak instrumen dan faedah istimewa dalam masa terdekat. Nantikan!

Cuba platform pasaran berbilang generasi seterusnya ini sekarang dan jadilah pedagang yang berjaya dengan akaun wang sebenar MetaTrader 5.

Salam hormat,
Kumpulan JustForex