Berita kami

Syarikat baru dalam kumpulan JustForex

 – 2017.07.01
Para klien yang dihormati!

Kami ingin mengumumkan satu tambahan kumpulan syarikat JustForex, kami telah menubuhkan JF Global Limited (nombor pendaftaran 23993), berdaftar dengan Lembaga Perkhidmatan Kewangan (Financial Services Authority, FSA). Kami yakin yang syarikat baru ini akan terlibat dalam pembangunan global bagi seluruh kumpulan JustForex.

Entiti baru ini memberi peluang untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk perdagangan yang bertumpu kepada keperluan individu di kawasan-kawasan berbeza. Ia bermakna bahawa ramai pedagang yang akan mendapat akses ke pasaran kewangan di bawah pihak berkuasa kewangan.

Syarat-syarat dan prosedur perdagangan untuk Perjanjian Klien tetap sama untuk klien-klien JustForex. Ia juga tidak akan mempengaruhi proses perdagangan atau syarat-syarat rakan kongsi dalam apa jua cara. Kami cuba melakukan yang terbaik untuk memberi perkhidmatan yang memenuhi standard antarabangsa untuk klien-klien dari semua kawasan.

Salam hormat,
Kumpulan JustForex