Berita kami

Analisis Daripada JustForex – Hanya Perkara-Perkara Ekslusif!

 – 2017.07.14
Analytics section Para klien JustForex yang dihormati,

Dalam masa kurang daripada sebulan selepas pelancaran syarat-syarat baru perdagangan, kami telah menyediakan berita gembira untuk anda. Baru-baru ini, kami berjanji untuk memulakan bahagian analisis yang dikemaskini. Dan pada hari ini, kami dengan bangganya mengumumkan bahawa bahan eksklusif yang disediakan oleh kumpulan pakar kami boleh didapati di laman web.

Kami mahu memberitahu sedikit mengenai kumpulan kami dan isi kandungan yang disediakan. Sebelum bahagian dilancarkan, kami telah mengkaji ulasan-ulasan analisis dan artikel-artikel yang boleh didapati di Internet dan membuat undian di kalangan klien-klien kami. Hasil daripada kerja berminggu-minggu ini, keputusan diambil untuk menyediakan bahan analisis menggunakan sumber sendiri dalam format dan jumlah yang diperlukan oleh para klien kami, berbanding menyalin dan menterjemah bahan daripada sumber lain seperti yang sering dilakukan oleh broker Forex lain. Dengan itu, syarikat kami telah menubuhkan jabatan analisis dalaman, yang menyertakan ahli-ahli profesional dalam bidang teknikal pasaran kewangan dan analisis fundamental serta pedagang pelatih yang berpengalaman dalam industri Forex.

Kami memperkenalkan anda kepada bahagian-bahagian berikut:

Gambaran Pasaran. Ini adalah ulasan harian mengenai berita dan peristiwa dari seluruh dunia. Kini anda tidak perlu lagi mengkaji banyak berita yang muncul dalam Kalendar Ekonomi kerana para penganalisis kami telah melakukannya untuk anda. Setiap hari mereka membuat gambaran keseluruhan peristiwa yang mungkin mempengaruhi instrumen perdagangan. Apa yang anda perlukan adalah membiasakan diri dengan ulasan ini dan mengambil kira peristiwa tersebut dalam strategi perdagangan anda.

Ramalan Harian. Ini adalah ramalan untuk pasangan mata wang utama, yang terdapat di laman web pada setiap hari semasa minggu perdagangan. Ia akan memberitahu anda mengenai arah pergerakan pasaran serta peristiwa-peristiwa yang menjejaskan alat perdagangan ini. Bahagian ini sesuai bagi mereka yang lebih suka untuk berdagang mata wang utama, tetapi tidak mahu membazir masa membuat analisis teknikal dan fundamental. Anda hanya perlu belajar kandungannya dan mengetahuinya.

Tindakan Harga. Ramai pedagang berpengalaman tahu tentang teknik analisis teknikal ini dan memilikinya dianggap sebagai kelebihan yang membuka prospek baru untuk pedagang Forex. Para penganalisis kami telah mengkaji selok-belok analisis (teknikal) ini dan mengesahkan kemahiran mereka dengan melakukannya. Mereka memantau pembentukan corak dalam pasangan mata wang utama pada setiap hari dan menyiarkan maklumat di laman web serta-merta jika ia muncul.

Corak Carta. Ini adalah kaedah analisis teknikal yang digunakan oleh kebanyakan pedagang di seluruh dunia. Terdapat berdozen-dozen analisis teknikal yang boleh anda pelajari sendiri dan menggunakannya, atau anda boleh saja menggunakan bahan-bahan daripada penganalisis kami. Dengan bantuan mereka, anda akan jimat masa dan dapat meningkatkan analisis teknikal dan kemahiran perdagangan.

Analisis Laporan COT. Bahan-bahan dalam bahagian ini adalah berdasarkan analisis laporan COT (Commitments of Traders) yang disediakan oleh Suruhanjaya Perdagangan Komoditi Niaga Hadapan (CFTC – Commodity Futures Trading Commission). Mereka membolehkan kita memahami kedudukan pemain utama seperti bank dunia dan dana pelaburan, dan untuk mengetahui arah pergerakan wang yang seperti anda tahu ia adalah enjin pasaran Forex. Inilah sebabnya mengapa penganalisis kami suka laporan mingguan ini, mereka menganalisisnya dan berkongsi penemuan mereka dengan anda.

Kami juga ingin mengingatkan bahawa seperti sebelum ini, klien-klien JustForex boleh menggunakan analisis daripada Trading Central yang boleh didapati di Back Office, dan tambah indikator perdagangannya untuk platform MetaTrader 4.

Kami yakin yang bahan-bahan analisis kami akan berguna kepada semua pedagang, tanpa mengira pengalaman perdagangan dan akan menjadikan proses perdagangan lebih selesa dan mudah. Kami berharap perdagangan anda dengan JustForex menguntungkan!