Berita kami

Syarat-syarat baru perdagangan – khas untuk klien!

 – 2017.06.12
New trading conditions made for clients JustForex tidak pernah berdiam sahaja sejak penubuhannya. Kumpulan kami sentiasa menambah perkhidmatan dan peralatan baru, menambah baik syarat-syarat, menyumbang bonus berfaedah serta peraduan, dan lain-lain untuk pelanggan. Dan pada hari ini kami mahu mengemukakan syarat-syarat perdagangan yang baru. Sebelum ia dipilih, para penganalisis kami telah membuat kajian yang besar mengenai pasaran dan keperluan pelanggan. Sebagai hasil daripadanya, setiap pedagang berpeluang untuk memilih jenis akaun yang begitu sempurna untuk strateginya. Tambahan lagi, dengan bahagian analisis baru di laman web kami, proses perdagangan akan menjadi lebih mudah. Tidak perlu lagi mencari analisis teknikal, berita penting ekonomi dan ramalan mata wang di tempat lain, semua ini dan maklumat yang lebih bernilai untuk perdagangan boleh ditemui di laman web JustForex. Ia percuma dan disediakan untuk semua pengunjung laman web.

Mari kita lihat dengan lebih lanjut jenis-jenis akaun yang baru. Setiap pedagang boleh memilih satu atau beberapa daripada empat akaun yang disediakan: Cent, Mini, Standard dan ECN Zero. Dengan akaun Cent, anda memerlukan margin kurang 100 kali berbanding akaun standard. Ia satu kelebihan yang ketara jika anda mahu mencuba strategi perdagangan atau tidak mempunyai wang yang banyak untuk berdagang. Ciri-ciri utama akaun ini adalah spread apungan bermula daripada 0.3 pip, leverage maksimum 1:1000 yang dikira mengikut ekuiti dalam USD, tiada komisen dan deposit minimum. Jika anda telah mencuba segala-gala yang anda mahukan dalam akaun Cent, anda berpeluang untuk pergi ke peringkat perdagangan seterusnya dengan akaun Mini atau Standard. Kedua-dua akaun ini adalah sebahagiannya sama, tetapi setiap satu daripadanya mempunyai keuntungan sendiri. Akaun Mini sesuai untuk para pedagang yang mempunyai jumlah wang terhad, kerana akaun ini tidak mempunyai deposit minimum, spread bermula daripada 0.3 pip dan leverage maksimum adalah 1:3000. Sekiranya anda bersedia untuk membuat deposit dalam akaun anda dengan sekurang-kurangnya 100 USD, akaun Standard adalah pilihan yang lebih baik dengan spread apungan daripada 0.1 pip dan leverage maksimum 1:3000.

Untuk para pedagang yang mahu merasai setiap pergerakan pasaran, lebih suka dengan proses perdagangan dinamik, JustForex telah mencipta akaun ECN Zero. Jenis akaun ini mempunyai spread apungan daripada 0 pip, anda mendapat spread terus daripada pasaran ke terminal anda. Leverage maksimum untuk akaun ini adalah 1:500 dan deposit minimum adalah 500 USD. Komisen yang rendah, jelas dan kompetitif menjadikan proses menjana keuntungan adalah lebih mudah dan selesa.

Dengan memilih mana-mana akaun yang dinyatakan di atas, para pedagang seharusnya tidak lupa mengenai risiko dan pengurusan kewangan. Pasaran Forex adalah tidak menentu dan harganya tidak stabil, terutamanya semasa pengumuman berita ekonomi. Disebabkan oleh hal ini, pada setiap hari Isnin, kumpulan analisis JustForex menyediakan kajian berita dan peristiwa yang paling penting untuk pedagang. Syarat-syarat baru perdagangan dan bahagian analisis di laman web disasarkan untuk menjadikan proses perdagangan lebih jelas dan menyeronokkan. Kami berharap anda akan menghargai semua penambahbaikan!