Berita kami

Perjumpaan JustForex bersama rakan kongsi Terbaik di Bandung, Indonesia

 – 2015.10.20
Kepada pelanggan JustForex!

Pada minggu lepas 17 Oktober 2015, kumpulan JustForex telah mengadakan perjumpaan bersama rakan kongsi di Bandung, Indonesia untuk membincangkan persoalan mengenai kerjasama mendatang, situasi semasa dan menjawab permasalahan yang dibangkitkan. Kumpulan JustForex telah mempersilakan Encik Herdiawan Parmadi, pedagang Forex dan pengasas OneClickExchanger dan pengasas bersama Fasapay, Encik Eddy Susanto.
Perjumpaan telah diadakan di Bandar Bandung. Kumpulan kami mengalukan jemputan dan telah menyampaikan cenderahati kepada semua tetamu yang hadir. Tujuan utama perjumpaan ini diadakan adalah untuk berjumpa dengan rakan kongsi secara bersemuka dan peluang untuk berbincang mengenai permasalahan yang dibangkitkan. Perwakilan Indonesia telah menyampaikan beberapa ucapan dan menyampaikan informasi berguna mengenai syarikat dan kelebihan yang didapati sebagai rakan kongsi JustForex. Permasalahan yang dibangkitkan telah dijawab dengan sebaiknya oleh pihak kami dan segala informasi telah berjaya disampaikan.
Selain dari ucapan perwakilan dari Indonesia berkenaan, dua orang tetamu undangan, Encik Herdiawan telah berkongsi pengalaman dalam pasaran Forex dan aspek penting yang perlu di ambil kira semasa bekerja di pasaran mata wang. Ucapan penutup disampaikan oleh Encik Eddy Susanto. Tajuk yang dibincangkan adalah berkenaan kepentingan keselamatan akaun dan cara bagaimana ini dilakukan oleh FasaPay.
Perjumpaan ini merupakan julung kali diadakan, dimana kumpulan JustForex berharap akan dapat memberi kefahaman kepada rakan kongsi dan rakan dagangan serta dapat memberikan servis yang lebih baik di masa akan datang.
Yang benar,
JustForex