Sekumpulan Bank-Bank Eropah Telah Menguji Platform Blockchain

Apabila blockchain menjadi terkenal, gabungan 9 bank Eropah telah menguji platform blockchain dalam masa nyata untuk transaksi kewangan yang dipanggil we.trade. Dalam minggu ini, 10 syarikat telah membuat beberapa transaksi perdagangan melalui 4 bank rakan kongsi.

Wakil Bank HSBC melaporkan:

"Pada minggu lepas, tiga daripada klien kami telah melaksanakan transaksi menggunakan we.trade: Fluid Pumps menggunakan platform untuk menutup transaksi akaun terbuka dengan seorang pelanggan di Finland, GPS Food Group menutup transaksi antara syarikat yang melibatkan penggunaan Bank Payment Undertaking dan juga telah melaksanakan dua transaksi akaun terbuka dengan Paragon Quality Foods."

Platform we.trade telah dicipta untuk memperbaiki kecekapan transaksi kewangan antarabangsa. Ia telah dibangunkan oleh gabungan 9 bank: Deutsche Bank, HSBC, KBC, Santander, Société Générale, Natixis, Nordea, Rabobank, dan UniCredit. We.trade adalah berasaskan teknologi blockchain IBM dan Hyperledger Fabric.

"Semasa we.trade beralih daripada aplikasi perintis kepada aplikasi yang melaksanakan transaksi secara langsung merentasi sempadan, ia telah menunjukkan kuasa teknologi blockchain dalam persekitaran perusahaan," kata Parm Sangha, Ketua GBS Blockchain di IBM.

Kini we.trade digunakan di 11 negara Eropah. Walau bagaimanapun, ketua pengarah platform, Roberto Mancone berkata bahawa kawasan di mana platform tersebut beroperasi hanya akan berkembang, dan beliau berhasrat untuk menarik perhatian bank-bank serta pelanggan mereka bukan sahaja di Eropah, tetapi juga dari luar negara.

oleh JustForex, 04/07/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan