Mata Wang Amerika Masih Di Bawah Tekanan. Perhatian Ditumpukan kepada Laporan Pasaran Buruh

Semasa sesi sebelum ini, indeks dolar (#DX) telah menunjukkan trend negatif. Pada hari Rabu, jualan agresif untuk mata wang AS telah berlangsung. Seperti yang dijangkakan, Sistem Rizab Persekutuan mengekalkan julat kadar faedah utama pada tahap yang sama, iaitu 2.25% -2.50%. Bank pusat memaklumkan bahawa ia tidak akan mempercepatkan untuk mengetatkan dasar monetari dalam tahun semasa. Pengerusi Fed, Jerome Powell berkata bahawa pengawal selia akan memberi tumpuan kepada data statistik akan datang dari Amerika Syarikat, keadaan ekonomi global serta risiko-risiko yang semakin meningkat dalam perdagangan antarabangsa.

investing.com
Sumber: investing.com

Buat masa ini, ahli pasaran kewangan telah mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum laporan pasaran buruh AS untuk bulan Januari diterbitkan pada hari Jumaat, 01 Februari. Statistik ini boleh memberi kesan ketara terhadap dinamik dan pelarasan kuasa mata wang. Laporan terkini daripada Amerika Syarikat adalah tidak jelas. Oleh itu, data awal daripada ADP menunjukkan peningkatan jumlah bilangan pekerja dalam sektor bukan pertanian pada bulan Januari kepada 213K, iaitu melebihi jangkaan pasaran pada tahap 180K. Pada masa yang sama, angka sebelumnya telah dikaji semula daripada 271K kepada 263K. Indeks keyakinan pengguna jatuh kepada 120.2, iaitu paras paling rendah sejak September 2017.

tradingeconomics.com
Sumber: tradingeconomics.com

Pakar-pakar menjangkakan indikator-indikator utama untuk terus menurun: bilangan individu yang bekerja dalam sektor bukan pertanian AS akan menurun kepada 165,000; pertumbuhan purata gaji sejam akan menjadi 0.3% (m/m) berbanding nilai sebelumnya, iaitu 0.4% (m/m). Kami mencadangkan anda supaya memberi perhatian kepada perbezaan antara nilai-nilai yang sebenar dan yang diramalkan.

Mari kita pertimbangkan corak teknikal semasa untuk pasangan mata wang USD/CAD

  • Paras sokongan: 1.31200, 1.30500, 1.30000
  • Paras rintangan: 1.32000, 1.32850, 1.33700
  • market-news

    Pasangan mata wang USD/CAD terus menunjukkan dinamik negatif. Pada masa ini, Loonie sedang menguji paras sokongan tempatan 1.31200. Paras genap (round) 1.32000 sudah menjadi rintangan "cermin". Instrumen perdagangan cenderung untuk menurun. Isyarat yang mengesahkan adalah angka klasik analisis teknikal – Indikator Flag. juga menunjukkan kuasa penjual:

    • - harga telah menjadi tetap di bawah 50 MA dan 200 MA;
    • - histogram MACD berada dalam zon negatif dan terus menurun.

    Sokongan tambahan untuk mata wang Kanada disediakan oleh sentimen bulis dalam pasaran minyak. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan anda supaya membuka kedudukan dari paras-paras utama.

    Jika laporan pasaran buruh AS lemah, pasangan mata wang USD/CAD mungkin akan terus menunjukkan trend menurun. Paras sasaran pergerakan ialah 1.30500-1.30000.

    Alternatif lain adalah pemulihan sebut harga USD/CAD kepada 1.32500-1.33000.

    Pengesahan dan titik kemasukan ke pasaran perlu dilihat pada rangka masa yang lebih rendah. Apabila menjejak kedudukan, kami mencadangkan penggunaan trailing stop.

    oleh JustForex, 01/02/2019

    Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

    Pendaftaran

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan