Permintaan untuk Dolar Kanada Meningkat. Kami Menanti Laporan Ekonomi Yang Penting

Pada minggu lepas, Statistik Kanada telah mengeluarkan data inflasi optimistik yang menyokong dolar Kanada. Pada bulan Julai, harga pengguna di negara meningkat sebanyak 0.5%, di mana ia agak tinggi berbanding jangkaan pasaran pada 0.1%. Pasangan mata wang USD/CAD bergerak ke arah bawah dan dikemas kini pada ekstrim tempatan.

Buat masa ini, ahli pasaran kewangan menanti laporan jualan runcit di Kanada untuk bulan Jun, di mana ia akan diterbitkan pada hari Rabu, 22 Ogos (15:30 GMT+3:00). Ini merupakan indikator penting untuk perbelanjaan pengguna yang juga merupakan tanda pertumbuhan ekonomi negara.

Pakar-pakar menjangkakan yang jumlah jualan runcit di Kanada akan menjadi perlahan daripada 2.0% kepada 0.3%. Indeks jualan runcit asas akan menjadi 0.1% berbanding nilai sebelumnya, iaitu 1.4%. Kami mencadangkan anda supaya memberi perhatian kepada perbezaan antara nilai-nilai sebenar dan yang diramalkan.

Canada REtail Sales
Sumber: tradingeconomics.com

Perlu diingat bahawa statistik-statistik ini boleh menjejaskan pendapat wakil-wakil Bank Kanada mengenai kadar masa hadapan dasar monetari. Pada masa ini, lebih daripada 75% ahli pasaran kewangan menilai kebarangkalian berlakunya peningkatan dalam kadar oleh Bank Negara dalam bulan Oktober tahun ini.

Kami juga mencadangkan anda supaya mengikut berita semasa mengenai NAFTA, di mana ia boleh memberi impak ketara kepada dinamik Loonie. Laporan media baru-baru ini menunjukkan bahawa rundingan antara AS dan Mexico berkemungkinan besar akan ditutup dengan perjanjian. Pada masa yang sama, masa hadapan perjanjian baharu akan bergantung sepenuhnya kepada keputusan Kanada.

Mari kita pertimbangkan corak teknikal semasa pasangan mata wang USD/CAD
  • Paras sokongan: 1.30500, 1.30000, 1.29650
  • Paras rintangan: 1.31100, 1.31700, 1.32150
USD/CAD Pattern

Baru-baru ini, USD/CAD mengukuh berhampiran paras sokongan utama 1.30500. Dalam instrumen perdagangan, rajah klasik analisis, Paras Tinggi Berganda (Double Top) telah terbentuk, di mana ia memberi isyarat kepada sentimen bearis. Indikator menunjukkan kuasa penjual:
- harga telah menjadi tetap di bawah 50 MA dan 200 MA;
- histogram MACD telah bergerak ke zon negatif dan terus menurun.

Kami menyarankan anda untuk membuka kedudukan dari paras utama.

Jika harga menjadi tetap di bawah paras sokongan 1.30500, penting untuk mempertimbangkan jualan USD/CAD. Matlamat sekarang untuk mengambil keuntungan adalah paras 1.30000. Pergerakan cenderung kepada 1.29650-1.29500.

Pilihan alternatif. Jika harga menjadi tetap di atas 1.31100, kami menjangkakan sebut harga USD/CAD akan terus naik. Paras pergerakan sasaran ialah 1.31700-1.32150.

Pengesahan dan titik kemasukan ke pasaran perlu dilihat pada rangka masa yang lebih rendah. Apabila mengikut kedudukan, kami mencadangkan penggunaan trailing stop.

oleh JustForex, 21/8/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan