Kecurian terbesar dalam sejarah mata wang kripto

Pada 26 Januari, penggodam telah pecah masuk ke salah satu pertukaran kripto terbesar, Japan CoinCheck dan telah mencuri lebih daripada 500 juta token NEM dari akaun 260,000 klien. Wakil bursa tidak memberitahu jumlah sebenar kecurian tersebut. Aktiviti godam tersebut telah membangkitkan keraguan mengenai keselamatan semua mata wang digital.

Punca kecurian adalah disebabkan kelemahan pertukaran CoinCheck, ini kerana token NEM tidak disimpan dalam "cold wallets", tetapi dalam "hot ones", iaitu di mana simpanan tersebut bersambung terus kepada Internet. Presiden syarikat, Koichiro Wada memberi alasan bahawa kaedah menyimpan mata wang kripto yang tidak selamat itu berhubung kait dengan kesukaran teknikal dan kakitangan yang tidak mencukupi.

Pengasas bersama CoinCheck, Yusuke Otsuka berkata pada sidang media di Bursa Saham Tokyo bahawa syarikat tidak mengetahui bagaimana mata wang kripto tersebut hilang, tetapi menjamin yang mereka telah menjejak dana yang hilang dan berharap untuk menemuinya semula. Wakil bursa berhasrat untuk menggantikan dana yang telah hilang. Klien-klien akan menerima bayaran dalam yen Jepun. Lebih daripada 90% kerugian akan dibayar semula menggunakan perbelanjaan syarikat.

Pada masa ini, semua operasi menggunakan mata wang kripto NEM serta pengeluaran dan deposit dana dihentikan sementara. CoinCheck cuba untuk memperbaiki keselamatan siber dan berhasrat untuk membangunkan satu "sistem pelabelan automatik" yang akan menjejak semua dana yang telah dicuri daripada bursa dan akan merekodkan semua alamat dompet di mana operasi menggunakan syiling ini dijalankan.

"Sudah lama dikatakan yang wang mata wang kripto adalah sistem yang kukuh, tetapi tidak untuk pertukaran mata wang kripto. Kejadian ini menunjukkan bahawa masalah tersebut tidak pernah diselesaikan. Jika Coincheck merosakkan pengurusan krisisnya, itu akan memberi tamparan kepada demam mata wang kripto," menurut apa yang dipercayai oleh syarikat analisis kewangan Jepun, Institut Penyelidikan NRI.

oleh JustForex, 28/01/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan