Saham Visa Inc. (V) Berpotensi untuk Pertumbuhan Selanjutnya

Visa Inc., #V [NYSE]

Kewangan, Perkhidmatan Kredit, AS

Visa Inc. adalah sebuah syarikat multinasional Amerika yang menyediakan perkhidmatan kepada pengguna, organisasi komersial, bank dan agensi kerajaan untuk pelaksanaan pembayaran elektronik.

v-finviz
Sumber: finviz.com
Indikator kewangan syarikat
  • Indeks – DJIA, S&P 500;
  • Permodalan Pasaran – 401.66 B;
  • Pendapatan – 11.65 B;
  • P/E – 36.13;
  • Beta – 0.93;
  • ROA – 16.40%;
  • Jumlah Purata – 7.26 M;
  • ATR – 2.64.

Idea pelaburan adalah untuk memanfaatkan kesinambungan trend menaik global di tengah-tengah indikator asas yang kukuh.

Ulasan analisis:

1. Laporan korporat yang optimis. Pengeluar terus menerbitkan penyata-penyata kewangan yang positif. Suku tahun sebelum ini, hasil dan pendapatan sesaham (Earning Per Share – EPS) dikira 11% dan 14% berbanding tahun lepas. Sejak awal tahun ini, jumlah pembayaran telah meningkat lebih daripada 65%. Syarikat terus melaksanakan dasar belian semula saham yang memberi sokongan tambahan. Sejak lima tahun lepas, Visa Inc. telah membelanjakan $31.9 bilion dan membeli semula 20% sahamnya. Pada awal tahun, syarikat telah mengumumkan rancangan belian semula yang bernilai $8 bilion. Dalam laporan terkini untuk suku tahun ketiga, konglomerat kewangan ini telah mengumumkan peningkatan dalam bayaran dividen sebanyak 20% kepada 30 sen sesaham. Visa Inc. merancang untuk mengembangkan senarai perkhidmatannya kepada pelanggan-pelanggan sedia anda. Syarikat juga telah menyambung semula operasinya dengan Bank Amerika di AS dan BBVA di Eropah.

2. Sokongan untuk dana institusi. Di hujung bulan Oktober, syarikat pelaburan BMO Capital Markets telah mengesahkan ramalannya untuk harga saham #V kepada $231- $239.

Analisis indikator kewangan dan pelbagai syarikat menunjukkan kemungkinan pertumbuhan pengeluar yang selanjutnya.

Cadangan Perdagangan untuk Visa Inc. Shares
  • Paras Sokongan: 183.00, 182.00, 180.50
  • Paras Rintangan: 184.50, 186.60
v-2019-11-28

Sentimen bulis wujud di dalam saham syarikat. Pada masa ini, sebut harga #V sedang menguji paras tertinggi sejarah. Rintangan tempatan adalah pada tanda 184.50. Paras 182.00 sudah menjadi sokongan “cermin”. Indikator mengisyaratkan kuasa pembeli:

  • - Harga telah ditetapkan di atas 50 MA dan 100 MA;
  • - Histogram MACD berada dalam zon positif.

Kami mencadangkan anda supaya membuka kedudukan daripada paras-paras utama.

Jika harga menjadi tetap di atas 184.50, trend menaik dijangka akan berterusan. Matlamat segera untuk ambil keuntungan adalah 186.00. Apabila menjejak kedudukan, kami mencadangkan penggunaan "trailing stop."

Pilihan alternatif. Jika harga menjadi tetap di bawah paras sokongan 182.00, titik kemasukan ke pasaran perlu dilihat untuk membuka kedudukan pendek. Pergerakan cenderung ke arah 180.00-178.00.

by JustForex, 2019.11.29

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel