Ramalan Intel Corporation (INTC)

Intel Corporation, #INTC, [NASD]

Teknologi, Semikonduktur, AS

Intel Corporation adalah sebuah syarikat teknologi global dan merupakan pengeluar terbesar alat elektronik dan komponen-komponen komputer, termasuk mikropemproses, set logik sistem. Ibu pejabatnya terletak di Santa Clara, California, AS.

intc-finviz
Sumber: finviz.com
Indikator kewangan syarikat:
  • Indeks – DJIA, S&P 500;
  • Permodalan Pasaran – 250.43 B;
  • Pendapatan – 19.33 B;
  • P/E – 13.48;
  • Beta – 0.93;
  • ROA – 14.80%;
  • Jumlah Purata – 20.50 M;
  • ATR – 1.19.

Idea pelaburan adalah untuk memanfaatkan kesinambungan trend menaik global dengan sokongan laporan kewangan optimistik Intel Corporation.

Ulasan analisis:

1. Laporan optimistik untuk suku tahun ketiga. Di penghujung Oktober, syarikat telah mengeluarkan laporan suku tahunan positif yang melangkaui jangkaan penganalisis Wall Street. Hasil pendapatan syarikat dihitung sebanyak $19.2 bilion dan pendapatan sesaham adalah $1.42 (EPS). Syarikat teknologi gergasi ini telah melangkaui jangkaan pendapatan sebanyak $1.13 bilion dan anggaran keuntungan sebanyak $0.18 sesaham. Syarikat meramalkan jumlah hasil sebanyak $71.0 bilion bagi tahun 2019 dan margin operasi sebanyak 30%.

2. Naik taraf dana institusi. Sebelum ini, dana pelaburan utama, Northland Capital dan Wells Fargo telah menaikkan ramalan mereka untuk harga saham #INTC kepada $65-$69. Di penghujung suku tahun kedua, pengurusan teratas syarikat meningkatkan kepentingannya dalam Intel Corporation.

Analisis indikator kewangan dan gandaan syarikat menandakan kemungkinan pertumbuhan pengeluar yang selanjutnya.

Cadangan Perdagangan untuk Saham Intel Corporation
  • Paras Sokongan: 57.00, 55.60, 54.80
  • Paras Rintangan: 58.30
intc-2019-11-06

Saham syarikat menjadi stabil berhampiran paras tertinggi sejarah. Buat masa ini, pengeluar sedang mengukuh. Paras utama sokongan dan rintangan masing-masing adalah pada 57.00 dan 58.30. Indikator tidak memberi isyarat yang tepat:

  • - Harga sedang menguji 50 MA;
  • - Histogram MACD berada dalam zon positif, tetapi telah mula menurun.

Kami mencadangkan anda membuka kedudukan daripada paras-paras utama.

Jika harga menjadi tetap di atas 58.30, trend menaik global dijangka akan berterusan. Matlamat utama untuk ambil keuntungan adalah 59.00-60.00. Apabila mengikut kedudukan, kami mencadangkan penggunaan ‘trailing stop.’

Pilihan alternatif. Jika harga menjadi tetap di bawah paras 57.00, anda perlu mencari titik kemasukan ke pasaran bagi membuka kedudukan pendek. Pergerakan cenderung kepada 55.60-54.80.

by JustForex, 2019.11.07

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel