Bagaimana Peraturan Korea Selatan Akan Menjejaskan Pasaran

Kami telah lama berfikir mengenai apa yang akan dilakukan oleh Korea Selatan terhadap mata wang kripto, tetapi akhirnya mereka menyekat peraturannya. Jadi, mari fikir apa maksudnya kepada pasaran mata wang kripto.

Pada minggu ini, peraturan kripto Korea Selatan, yang dikatakan oleh semua orang pada bulan lepas, mendapat kuasanya. Khabar angin mengenai pengharaman perdagangan kripto dalam negara ini telah menjadi tajuk-tajuk utama kebanyakan penerbitan kewangan. Oleh sebab ia muncul kemudian, rupa-rupanya maklumat ini adalah palsu, akan tetapi ia mengambil masa untuk menjejaskan trend dalam aliran pertukaran kripto. Pelabur yang percaya keselamatan atau pasaran akan menurun dan cuba mendapat keuntungan dari kejatuhan ini mula menekan media dan orang ramai mula bercakap tentang kejatuhan bitcoin.

Peraturan-peraturan baru

Dokumen mengenai peraturan-peraturan baru Korea Selatan berkenaan pasaran kripto telah dikeluarkan pada 23 Januari. Ia bertujuan untuk menghalang penyalahgunaan pasaran itu sendiri dan juga pengubahan wang haram.

Sebagai contoh, Laporan Transaksi Mencurigakan (Suspicious Transaction Report) akan dihantar ke koFIU setiap kali sistem mendapati transaksi yang mencurigakan. Jika seseorang memindahkan 10 juta KRW pada setiap minggu atau setiap hari, ia akan disiasat.

Walau bagaimanapun, peraturan-peraturan baru bukan sahaja berkenaan pengubahan wang haram. Ia akan digunakan bagi memastikan wang-wang pengguna dilindungi dan rakyat Korea tidak akan kehilangan wang mereka disebabkan penipuan saham.

Garis panduan kripto juga menyatakan yang bank dan institusi bidang kewangan yang lain perlu berkongsi apa-apa maklumat mengenai aktiviti yang mencurigakan. Ketelusan yang kurang adalah masalah besar buat masa sekarang dan Korea Selatan cenderung untuk menjadikan perniagaan kripto lebih jelas dan selamat.

Kesimpulan

Peraturan-peraturan baru pasti akan menjejaskan pasaran kripto Korea Selatan, tetapi kekecohan di sekitarnya adalah sedikit melampau. Wakil rasmi Bithumb menyatakan bahawa proses transaksi syiling tidak akan berubah, jadi pengguna akan terus membuka urus niaga dengan bitcoin dalam cara yang mereka sentiasa lakukan.

Pada masa yang sama, peraturan-peraturan yang lebih ketat akan menguatkan sektor tersebut. Pegawai-pegawai percaya yang ini bukan sahaja membawa kepada ketelusan, tetapi juga menjadi satu rangsangan besar kepada pasaran kripto.

oleh JustForex, 06/02/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan