Korea Selatan Beralih Kepada Masyarakat Tanpa Tunai

Korea Selatan berhasrat untuk menghentikan pengeluaran wang kertas, sebaliknya beralih kepada transaksi tanpa tunai dan wang elektronik di bawah skop projek masyarakat tanpa tunai. Menurut Bank Korea, mata wang kripto dan teknologi blockchain menjadi asas kepada projek ini.

Matlamat utama projek masyarakat tanpa tunai adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna dan mengurangkan kos penghasilan wang fizikal. Duit syiling dan wang kertas akan dihentikan penggunaannya langkah demi langkah.

Dalam "Laporan Bayaran 2017" Bank Korea yang diterbitkan pada 1 Mei 2018, pengawal selia menyatakan bahawa ia mula menerokai kemungkinan mata wang kripto dan teknologi blockchain, seperti penggunaan kata laluan untuk pembayaran. Selain itu, satu organisasi telah ditubuhkan untuk mengkaji mata wang digital dan menganalisis impaknya terhadap sistem kewangan secara keseluruhan.

Kerajaan juga mempunyai matlamat lain dalam pembentukan masyarakat tersebut: ia cenderung untuk menangani aktiviti ekonomi yang haram di mana ia bergantung sepenuhnya kepada wang tunai. Kwak Hyun-soo, seorang penganalisis di Shinhan Investment Corp berkata:

"Ia boleh mendedahkan aktiviti ekonomi yang haram, dan dengan itu meningkatkan kesetaraan dalam cukai. Kotak kasut yang penuh dengan wang kertas 50,000 won yang anda lihat dalam filem akan lenyap dalam realiti (dengan pemajuan kepada masyarakat tanpa tunai)."

Masyarakat tanpa tunai muncul dalam rancangan seawal tahun 2016. Pada tahun 2017, projek perintis telah dilancarkan di mana kira-kira 30 ribu kedai mengambil bahagian. Pelanggan ditawarkan untuk menerima baki daripada pembelian dalam bentuk kad prabayar deposit yang kemudiannya boleh digunakan di kedai-kedai diskaun atau pasar raya. Pelaksanaan penuh projek masyarakat tanpa tunai dijangka pada tahun 2020.

oleh JustForex, 04/05/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan