Shinhan Bank Bersama-sama dengan KT Corporation Akan Merangka Satu Platform Blockchain

Shinhan Bank, bank kedua terbesar mengikut aset di Korea Selatan telah mengumumkan bahawa ia telah memeterai kontrak bersama KT, penyedia telekomunikasi berwayar dan tanpa wayar terbesar di Korea Selatan untuk mewujudkan platform baharu berdasarkan teknologi blockchain.

Platform baharu tersebut perlu melancarkan baucar digital yang akan menggantikan wang tunai dalam bahagian-bahagian tertentu. Selain itu, kerajaan tempatan dijangka akan memperkenalkan baucar digital untuk menggiatkan dan merangsang ekonomi tempatan di Korea Selatan.

Mengikut kontrak, KT akan membangunkan platform blockchain itu sendiri, manakala Shinhan Bank akan merangka penyelesaian kewangan yang sesuai untuk platform baharu tersebut seperti sistem akaun dan pembayaran, dll.

Wakil Shinhan Bank, Jang Hyeon-ki memberi komen:

"Perkongsian strategi Shinhan dengan KT adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memperkenalkan pertembungan antara kewangan dan ICT. Teknologi blockchain akan meningkatkan aktiviti kewangan pelanggan ke tahap yang baharu."

Setelah mengiktiraf kemungkinan teknologi blockchain, Shinhan Bank telah membangunkan pusat penyelidikan blockchain di bawah Jabatan Strategi Digital miliknya. Baru-baru ini, bank telah terlibat dalam membangunkan sistem pensijilan bersepadu untuk pelbagai transaksi kewangan, seperti perbankan dalam talian dan pertukaran mata wang.

Sebagai balasan, syarikat KT juga akan berurusan dengan teknologi blockchain. Pada sebulan yang lalu, syarikat ini telah melancarkan rangkaian komersial berdasarkan blockchain yang boleh mengendalikan 2,500 transaksi per saat (TPS), menjelang pada hujung tahun, kelajuan tersebut akan mencapai10,000 TPS dan pada penghujung tahun 2019 – 100,000 TPS.

oleh JustForex, 13/8/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan