Banco Santander Lancarkan Aplikasi Blockchain untuk Pembayaran Antarabangsa

Banco Santander, kumpulan kewangan dan kredit terbesar di Sepanyol telah memperkenalkan sistem untuk membuat pembayaran antarabangsa berasaskan Blockchain. Perkhidmatan baharu yang dipanggil One Pay FX itu beroperasi pada teknologi xCurrent daripada Ripple.

One Pay FX adalah perkhidmatan mudah untuk pemindahan antarabangsa yang akan diproses dalam masa sehari, bukannya beberapa hari. Selain itu, pelanggan akan dapat melihat jumlah dana sebenar yang akan dikreditkan ke akaun penerima sebelum menghantar bayaran.

Pada mulanya, sistem ini hanya akan boleh didapati di beberapa buah negara dan dalam mata wang tertentu (dolar AS, paun British, euro), untuk setiap negara, set fungsi adalah berbeza. Dengan itu, pelanggan Sepanyol berpeluang untuk menghantar dolar AS dan paun ke UK, pelanggan dari UK akan dapat menghantar euro ke 21 negara serta dolar AS terus ke AS, pelanggan dari Poland dan Brazil hanya akan dapat menghantar paun ke UK. Dari semasa ke semasa, set negara dan mata wang akan diperluaskan.

Ana Botin, Pengerusi Eksekutif Banco Santander berkata: "Matlamat kami adalah untuk membantu beribu-ribu orang yang menggunakan perkhidmatan pembayaran antarabangsa pada setiap hari, dan kami akan menambah lebih banyak mata wang dan destinasi pada bulan-bulan akan datang."

Banco Santander akan menjadi bank pertama yang menawarkan perkhidmatan pembayaran antarabangsa untuk klien-klien dari pelbagai negara.

oleh JustForex, 16/04/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan