Malaysia Akan Berjuang Menentang Jenayah Kripto

Seperti yang diketahui, kini mata wang kripto adalah habuan kepada penjenayah siber dan sering diserang oleh penipu. Kajian bersama oleh Pusat untuk Kajian Strategik dan Antarabangsa (Center for Strategic and International Studies, CSIS) dan McAfee telah mendapati bahawa penjenayah sering menggunakan mata wang maya kerana sifat tanpa namanya untuk aktiviti pengubahan wang haram, serta meningkatkan dana dan pembayaran untuk perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, pegawai-pegawai Malaysia tidak berhasrat untuk berdamai dengan jenayah tersebut dan menghantar polis tempatan untuk menjalani kursus latihan bagi menyiasat jenayah siber, di mana pegawai polis akan mengasah kemahiran mereka untuk melawan penipuan mata wang digital. Butir-butir program tidak didedahkan.

Amar Singh, Pengarah Jabatan Jenayah Komersial berkata bahawa Bank Negara membantu pihak polis dengan penyiasatan jenayah siber, beliau menambah:

"Kami juga menjalani kursus dengan Bank Negara untuk memahami dengan lebih baik bagaimana jenayah tersebut dilakukan dan cara untuk menanganinya. Ia adalah sejenis jenayah baru."

Malaysia tidak bercadang untuk menyekat mata wang kripto. Tambahan pula, Malaysia dianggap sebagai salah satu negara paling mesra di Asia apabila berkaitan mata wang digital. Pada bulan Januari tahun ini, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Johari Abdul Ghani berkata bahawa kerajaan tidak akan mengenakan sebarang sekatan terhadap perdagangan mata wang kripto. Johari menambah bahawa sekatan tersebut tidak menjadi kepentingan Malaysia, kerana ini akan menjejaskan pembangunan dan inovasi dalam sektor kewangan.

"Ia bukan hasrat pihak berkuasa untuk menghalang atau menghentikan sebarang inovasi yang dianggap memberi manfaat kepada orang ramai," kata Johari.

oleh JustForex, 26/02/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan