Jepun Memperkenalkan Rangkaian Pembayaran Kripto Global Mirip-SWIFT

Sementara Facebook cuba untuk melancarkan mata wang kripto sendiri dan berlawan dengan kerajaan AS agar keputusan tersebut diluluskan, Jepun mengubah taktik sepenuhnya. Mengikut laporan terkini daripada Reuters, negara tersebut sedang membangunkan rangkaian antarabangsa untuk pembayaran mata wang kripto menggunakan SWIFT sebagai templat.

Japan Menyelesaikan Masalah Terbesar Kripto

Isu utama yang dihadapi oleh kebanyakan pengawal selia kewangan mengenai kripto ialah kurang ketelusan. Sebagai contoh, berikut adalah kenyataan oleh Setiausaha Perbendaharaan A.S., Steven Mnuchin:

"Mata wang kripto seperti bitcoin telah dieksploitasi untuk menyokong berbilion-bilion dolar aktiviti haram seperti jenayah siber, pengelakan cukai, ugutan, perisian tebusan, dadah haram dan pemerdagangan manusia."

Beliau menambah bahawa Libra Facebook “boleh disalahgunakan oleh pengubah wang haram dan pembiaya pengganas.”

Penyelesaian Jepun bertujuan untuk menyelesaikan isu ini, menyediakan cara yang jelas dan boleh dipercayai untuk membuat pembayaran dengan mata wang kripto. Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (Financial Action Task Force - FATF) dikatakan telah meluluskan pelan Jepun pada bulan Jun. Rangkaian itu asalnya dicadangkan oleh Kementerian Kewangan Jepun dan Agensi Perkhidmatan Kewangan (Financial Services Agency - FSA). Ia dijangka akan dilancarkan dalam masa lima tahun.

Mengganggu Rangkaian Pembayaran Legasi Dengan Pantas

SWIFT merupakan satu rangkaian untuk institusi kewangan menghantar dan menerima maklumat berkenaan transaksi kewangan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1973 dan semenjak itu, ia satu-satunya pemain utama dalam komunikasi antara bank, menguruskan lebih 32 juta mesej sehari. Walau bagaimanapun, ia hanya berfungsi dengan fiat.

Penyelesaian baharu Jepun bermatlamat untuk mengambil struktur dalaman SWIFT dan menggunakannya pada kripto yang akan memberikan kesahan jangka panjang yang diperlukan ke dalam pasaran. Sudah tentu ia bertentangan dengan ideal kebebasan mata wang kripto, tetapi ia juga akan menghalang isu-isu seperti Mt. Gox yang digodam pada Februari 2014 dan kehilangan berbilion-bilion USD yang merupakan milik pelanggannya.

Jepun tidak bersendirian dalam mencapai cita-citanya – Libra Facebook telah mencabar FSA sejak awal tahun dan akan menjadi topik hangat semasa mesyuarat G7 di Perancis. Ia terpulang kepada menteri kewangan untuk membincangkan cara negara mereka maju ke hadapan, tetapi setakat ini AS mahupun Jepun tidak bersedia untuk berundur.

JustForex, 22.07.2019

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel