India Akan Membatalkan Pengharaman Penggunaan Mata Wang Kripto

Suruhanjaya khas kerajaan India membantah larangan operasi menggunakan wang digital. Perlu diingat pada dua bulan lepas, Bank Rizab India (RBI) menghalang bank dan institusi yang terkawal dari menyediakan perkhidmatan menggunakan mata wang kripto tanpa sebarang sebab.

Pada 6 April, RBI memperkenalkan "Larangan Perdagangan Mata Wang Maya" di mana bank-bank, dompet elektronik dan penyedia perkhidmatan bayaran yang diluluskan terpaksa mengabaikan operasi yang berkaitan dengan perdagangan atau pertukaran mata wang kripto. Ini seterusnya menyebabkan kemarahan masyarakat mata wang kripto dan menggalakkan agar litigasi dibuat terhadap larangan wang digital dalam Mahkamah Agung pada 20 Julai.

"Mereka memberi larangan ini di mana ia mempunyai kesan yang amat besar tanpa sebarang penyiasatan dan ia kelihatan seperti satu penyelesaian yang tidak dikaji dengan mendalam. Terdapat negara-negara lain di mana keraguan wujud mengenai mata wang tersebut, tetapi tiada daripadanya yang memperkenalkan larangan," kata Nischal Shetty, ketua bursa WizirX.

Secara umumnya, pihak berkuasa India mungkin membenarkan penggunaan mata wang kripto, tetapi aset digital itu kemungkinan besar akan tertakluk kepada peraturan-peraturan tertentu. Pembatalan pengharaman mata wang kripto boleh memberi kesan positif kepada pasaran kripto secara umum dan melancarkan trend bulis. Jadi kami mencadangkan kepada anda untuk mengikut perkembangan berita terkini.

oleh JustForex, 2018.06.15

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan