Pelabur Menjangkakan Keputusan Bank England

Sepanjang tiga minggu lepas, pasangan mata wang GBP/USD adalah pasangan mata wang yang paling aktif dan turun naik. Paun lemah berbanding dolar AS sebanyak lebih daripada 5%. Instrumen perdagangan mencapai tahap psikologi penting 1.3500. Pada masa ini, ahli pasaran kewangan mengambil pendirian tunggu dan lihat sebelum keputusan daripada Bank England berkenaan kadar faedah utama. Pengawal selia akan mengumumkan keputusannya pada 10 Mei, pukul 14:00 (GMT+3:00).

Jawatankuasa Dasar Monetari akan menentukan kadar faedah utama dalam mesyuarat dua harinya, iaitu pada 9-10 Mei, dan juga akan mengeluarkan laporan inflasi dan ramalan ekonomi yang dikemas kini. Ia harus diketahui bahawa jualan agresif paun adalah berkaitan dengan pengeluaran laporan-laporan yang lemah mengenai KDNK, aktiviti perniagaan, inflasi dan jualan runcit di UK. Statistik ini telah menyebabkan penurunan mendadak dalam jangkaan pasaran berkenaan peningkatan kadar sebanyak 25 mata asas dalam mesyuarat semasa. Terdahulu, ketua Bank England, Mark Carney berkata bahawa peningkatan kadar boleh ditangguhkan sehingga akhir tahun 2018. Pada masa ini, kebanyakan ahli pasaran kewangan menjangkakan yang Bank Pusat akan mengekalkan kadar faedah utama tidak berubah pada 0.50%.

UK Interest Rate
Sumber: tradingeconomics.com

Kami mencadangkan supaya anda memberi perhatian kepada komen-komen dari ahli-ahli Bank England. Beberapa orang pakar tidak mengetepikan bahawa pengawal selia akan mengambil pendirian yang lebih agresif berkenaan pengetatan dasar monetari yang selanjutnya. Ramalan ekonomi yang optimistik boleh memberi sokongan tambahan.

Mari kita pertimbangkan corak teknikal semasa pasangan mata wang GBP/USD
  • Paras sokongan: 1.35000, 1.33500
  • Paras rintangan: 1.36250, 1.37500
GBP/USD Pattern

Buat masa ini, pasangan mata wang GBP/USD adalah bertambah kukuh. Instrumen perdagangan sedang menguji zon permintaan 1.34850-1.35350. Rintangan tempatan adalah 1.36250. Dalam masa terdekat, pembetulan teknikal tidak diketepikan. Pada carta setiap jam, pembentukan pembalikan klasik harga dan pencapahan histogram MACD adalah diperhatikan. Kami menyarankan untuk membuka kedudukan bermula dari paras utama.

Jika harga menjadi tetap di atas 1.36250, pembetulan pasangan mata wang GBP/USD adalah dijangka. Matlamat terdekat dalam menetapkan keuntungan adalah rintangan “cermin” 1.37500. Dalam jangka masa sederhana, instrumen perdagangan boleh mencecah ke zon pembetulan 50.0%-61.8%.

Pilihan alternatif. Jika harga menjadi tetap di bawah 1.34850, ia perlu untuk mempertimbangkan penjualan GBP/USD. Pergerakan cenderung ke paras pusingan 1.34000.

Apabila menjejak kedudukan, kami mencadangkan trailing stop.

oleh JustForex, 09/05/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan