Samsung Galaxy S10 Dilengkapi Dengan Dompet Mata Wang Kripto

Samsung Galaxy S10 baharu telah disahkan bahawa ia akan dilengkapi dengan dompet mata wang kripto terbina dalam. Aplikasi tersebut akan menjadi sebahagian daripada suit perisian Samsung Knox, direka untuk melindungi data peribadi pengguna telefon. Mengikut sumber dalaman, Knox akan terdapat dalam semua model Galaxy S10.

Dalam pengumumannya, Samsung berkata:

"Galaxy S10 dibina dengan Samsung Knox gred pertahanan, serta storan selamat yang disandarkan oleh perkakasan yang menyimpan kekunci peribadi anda untuk khidmat mudah alih blockchain yang dibolehkan."

Ia masih lagi tidak diketahui sejauh mana penglibatan persediaan dompet tersebut - beberapa khabar angin mendakwa yang sistem akan meminta untuk menyediakan dompet semasa pemasangan awal telefon, sumber lain mengatakan anda perlu membuka aplikasi secara manual terlebih dahulu.

Kewujudan dompet itu bukan lagi satu kejutan besar - sebelum ini Samsung telah mendapatkan beberapa paten berkaitan mata wang kripto untuk bahagian telefon mudah alih mereka. Jika semuanya akan digunakan, dompet baharu itu akan menyokong semua token ETH-20 serta mata wang kripto utama yang lain.

Meskipun dakwaan yang dibuat oleh Samsung mengenai keselamatan dompet tersebut, dompet baharu itu tidak begitu selamat seperti dompet perkakasan kerana ia membenarkan lebih banyak tahap serangan. Walau bagaimanapun, ia merupakan satu langkah yang besar ke arah untuk mempopularkan mata wang kripto.

by JustForex, 2019.02.26

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Pendaftaran

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan