Facebook akan melancarkan mata wang kripto miliknya pada tahun 2020 dengan sokongan daripada Uber, Visa, dan Paypal

Facebook Inc menerbitkan kenyataan akhbar berkenaan mata wang kriptonya. Berikut adalah inti patinya:

  • Nama syiling baharu tersebut ialah Libra. Ia akan menjadi ‘stablecoin’ – dengan itu, ia akan dijamin oleh mata wang negara dalam rizab dan harganya tidak akan terapung. ‘Stablecoin’ yang paling popular – Tether (USDT) – harga sebenarnya adalah 1 USD pada setiap masa.
  • Misi mata wang kripto adalah untuk membolehkan pelanggan-pelanggan Facebook memindahkan wang melalui rangkaian sosial. Perkhidmatan lain juga boleh menggunakan Libra. Sebagai contoh, Uber telah mengumumkan sokongannya untuk pelancaran tersebut.
  • Pengawal selia masih belum meluluskan Libra lagi, tetapi Facebook berharap untuk dapat mencapai perjanjian. Sebelum ini, SEC telah menutup lebih daripada berpuluh-puluh syarikat kerana melancarkan syiling mereka, maka rundingan tidak akan menjadi mudah.
  • Untuk meningkatkan peluang kejayaan, Facebook telah menubuhkan Persatuan Libra. Setiap ahli akan menyediakan 10 juta USD bagi menjamin kestabilan Libra. Jumlah ahli buat masa ini ialah 27 dengan Visa dan PayPal tergolong di antaranya.
  • Masih terlalu awal untuk memberitahu kesan Libra terhadap pasaran mata wang kripto, tetapi jurucakap kripto telah menjauhkan diri daripada Facebook dan hasratnya itu. Pelancaran mata wang kripto terpusat itu bertentangan dengan doktrin Nakamoto yang digunakan untuk menubuhkan syiling yang sedia ada pada masa ini.

    JustForex, 20.06.2019

    Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

    Buka Akaun

    Dapatkan Analisis Percuma

    * ruang yang diperlukan