Perhatian Bertumpu kepada Mesyuarat Fed

Suapan berita dalam minggu perdagangan semasa dipenuhi dengan banyak peristiwa. Bank-bank pusat terkemuka akan membuat keputusan berkenaan dasar monetari selanjutnya. Beberapa data statistik yang penting juga akan dikeluarkan. Pada masa ini, ahli pasaran kewangan mengambil sikap tunggu dan lihat.

Peristiwa penting adalah mesyuarat dua hari Fed di bawah kepimpinan ketua baharu Jerome Powell, yang mana akan bermula pada 20 Mac. Di penghujung Februari, Jerome Powell mengatakan bahawa ekonomi AS adalah stabil dan berkembang pada kadar yang mantap, kadar faedah meningkat secara beransur-ansur dan ketidakstabilan pasaran kewangan tidak memberi ancaman yang ketara. Pegawai tersebut juga berkata bahawa ramalan untuk meningkatkan kadar faedah boleh disemak semula. Laporan ekonomi terkini dari AS mengesahkan kata-kata ketua Fed. Pasaran buruh yang kukuh, peningkatan aktiviti perniagaan dalam sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan akan menyumbang kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna. Ia harus diperhatikan bahawa ramalan ekonomi yang optimistik akan menyebabkan berlakunya pertambahan kadar kepada paras tertinggi tahun 2013.

Kebanyakan ahli dalam pasaran kewangan percaya bahawa pada 21 Mac, Fed akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 1.75%. Kami percaya bahawa peristiwa ini telah disertakan di dalam harga. Kami mencadangkan kepada anda supaya memberi perhatian kepada komen-komen berkenaan kadar lanjutan untuk mengetatkan dasar monetari. Pengawal selia juga akan mengeluarkan laporan ekonomi yang dikemas kini, di mana ia boleh menandakan prospek untuk kenaikan kadar faedah yang selanjutnya.

Meeting Probabilities
Sumber: cmegroup.com
Analisis data pertukaran CME (Chicago Mercantile Exchange) membenarkan paras opsyen bagi pedagang-pedagang utama dibezakan untuk 09 Mac – 06 April:
  • Zon rintangan – 1.2550-1.2650
  • Zon tawaran – 1.2100-1.2200
  • Paras keseimbangan opsyen – 1.2375
EUR/USD Pattern

Pada masa ini, sebut harga EUR/USD berada di bawah paras keseimbangan opsyen 1.2375, yang menandakan kuasa penjual. Histogram MACD juga menunjukkan sentimen bearis. Walau bagaimanapun, dalam masa terdekat, kami mencadangkan untuk membuka kedudukan dari paras utama.

Jika Fed mengeluarkan ramalan ekonomi yang optimistik dan menunjuk kepada kenaikan kadar faedah yang selanjutnya, permintaan untuk dolar AS boleh meningkat dengan ketara. Pergerakan mungkin cenderung ke arah zon kawalan bulanan 1.2200-1.2100.

Pilihan alternatif. Pasangan mata wang EUR/USD mengatasi paras keseimbangan opsyen 1.2375, kami mencadangkan supaya anda mencari tempat kemasukan ke pasaran untuk membuka kedudukan panjang. Pergerakan adalah cenderung ke arah zon tawaran 1.24750-1.25250.

Apabila menjejak kedudukan, anda haruskan gunakan trailing stop.

oleh JustForex, 21/03/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan