Kami Menanti Statistik Buruh dari AS

Sejak awal minggu ini, dolar AS telah pulih berbanding sebilangan mata wang dunia selepas kejatuhan yang ketara. Indeks dolar (#DX) telah dikemas kini pada paras tinggi tempatan. Permintaan untuk aset-aset berisiko telah menurun dengan ketara. Negara-negara EU terus mengeluarkan siaran ekonomi yang lemah. Perancis telah melancarkan pelan rangsangan ekonomi yang besar untuk melawan kesan-kesan coronavirus. ECB berasa bimbang tentang pengukuhan ketara mata wang tunggal berbanding dolar AS. Ekonomi Australia telah memasuki kemelesetan buat pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun.

finviz-dx-2020-09-03
Sumber: finviz.com

Pada masa ini, pelabur-pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum penerbitan statistik buruh AS bagi bulan Ogos, pada hari Jumaat, 04 September, 15:30 (GMT+3:00). Laporan ini mungkin mempunyai impak ketara ke atas dinamik dan penjajaran kuasa selanjutnya terhadap major mata wang.

Siaran ekonomi terkini dari AS adalah samar-samar. PMI pembuatan ISM naik mendadak daripada 54.2 kepada 56.0. Indeks keyakinan pengguna dikira kepada 84.8 berbanding nilai sebelumnya, 91.7. Data daripada ADP menunjukkan bilangan individu yang bekerja dalam sektor bukan pertanian negara adalah 428K, nilai ini berada di bawah jangkaan pasaran 950K. PMI bukan pembuatan ISM jatuh daripada 58.1 kepada 56.9.

non-farm-2020-09-03
Sumber: tradingeconomics.com

Pakar-pakar menjangkakan kemerosotan indikator-indikator utama: bilangan individu yang bekerja dalam sektor bukan pertanian akan menurun kepada 1.400K daripada 1.763K; pertumbuhan purata pendapatan sejam adalah 4.5% (YoY) berbanding nilai sebelumnya iaitu, 4.8% (YoY). Pada masa yang sama, kadar pengangguran akan jatuh kepada 9.8% daripada 10.2%. Kami mencadangkan anda supaya memberi perhatian kepada perbezaan antara nilai-nilai sebenar dan ramalan.

Mari kita pertimbangkan pola teknikal semasa pasangan mata wang EUR/USD

  • Paras sokongan: 1.1800, 1.1700, 1.1620
  • Paras rintangan: 1.1900, 1.2000
  • market-news-eurusd-2020-09-03

    Pasangan mata wang EUR/USD telah menjadi stabil selepas kejatuhan yang lama. Instrumen kewangan sedang mengukuh. Buat masa ini, paras sokongan dan rintangan tempatan yang berikut boleh dibezakan: masing-masing adalah 1.1800 dan 1.1900. Indikator tidak memberi isyarat yang tepat:

    • - harga telah melintasi 50 MA dan 100 MA;
    • - histogram MACD telah mula menurun.

    Kami mencadangkan anda supaya membuka kedudukan daripada paras-paras utama.

    Jika laporan pasaran buruh AS ternyata optimistik, kami menjangkakan pembetulan sebut harga EUR/USD. Pergerakan cenderung ke arah 1.1700-1.1600.

    Alternatif lain adalah pertumbuhan selanjutnya bagi pasangan mata wang EUR/USD kepada 1.2000-1.2100.

    Apabila menjejak kedudukan, kami mencadangkan penggunaan “trailing stop.”

    JustForex, 2020.09.03

    Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

    Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel