Kami Menantikan Statistik Buruh dari AS

Sejak awal bulan ini, dolar AS telah menunjukkan trend positif berbanding mata wang utama yang lain. Indeks dolar (#DX) telah dikemas kini pada paras tertinggi tempatan dan melepasi paras 100.00. Wabak coronavirus masih menjadi tumpuan perhatian yang menyokong permintaan aset-aset selamat. Bilangan individu yang dijangkiti virus COVID-19 di seluruh dunia melebihi 3.7 juta. Bank Pusat Dunia meramalkan penurunan KDNK yang ketara. Siaran-siaran terkini ekonomi mengesahkan jangkaan pengawal selia. Konflik perdagangan antara Washington dan Beijing kembali memuncak. Presiden AS, Donald Trump menuduh China dengan kecuaian yang membawa kepada wabak coronavirus di seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, Presiden AS ini telah mengugut untuk memutuskan perjanjian perdagangan tahun lepas dengan China sekiranya ia tidak membeli barangan Amerika dalam jumlah yang telah dijanjikan. China pula sebaliknya menafikan semua tuduhan tersebut.

finviz-dx-2020-05-07
Sumber: finviz.com

Pada masa ini, pelabur-pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum penerbitan statistik buruh AS untuk bulan April pada hari Jumaat, 8 Mei, 15:30 (GMT+3:00). Laporan ini mungkin memberi impak yang ketara terhadap dinamik dan penjajaran kuasa mata wang utama yang selanjutnya.

Siaran ekonomi yang terbaru dari AS adalah pesimistik. PMI pembuatan ISM menurun daripada 49.1 kepada 41.5. Indeks keyakinan pengguna dihitung kepada 86.9 berbanding nilai sebelumnya, 118.8. Data daripada ADP menunjukkan bahawa dalam bulan April, ekonomi AS telah kehilangan 20 juta pekerjaan. PMI bukan pembuatan ISM jatuh daripada 52.5 kepada 41.8.

us-nonfarm-2020-05-07
Sumber: tradingeconomics.com

Pakar-pakar menjangkakan kemerosotan indikator-indikator ekonomi yang utama: bilangan individu bekerja dalam sektor bukan pertanian AS akan berkurangan sebanyak 22 juta; pertumbuhan purata pendapatan sejam akan kekal tidak berubah pada 0.4%; kadar pengangguran akan naik daripada 4.4% kepada 16.0%. Kami mencadangkan anda supaya memberi perhatian kepada perbezaan antara nilai-nilai sebenar dan ramalan.

Mari pertimbangkan pola teknikal semasa untuk pasangan mata wang EUR/USD

  • Paras Sokongan: 1.0775, 1.0730, 1.0700
  • Paras Rintangan: 1.0820, 1.0855, 1.0885
  • market-news-2020-05-07

    Pasangan mata wang EUR/USD telah menjadi stabil. Instrumen perdagangan mengukuh. Buat masa ini, paras sokongan dan rintangan tempatan yang berikut dapat dikenal pasti: masing-masing ialah 1.0775 dan 1.0820. Indikator memberi isyarat kuasa penjual:

    • - harga telah menjadi tetap di bawah 50 MA dan 100 MA;
    • - histogram MACD berada dalam zon negatif.

    Walau bagaimanapun, kami mencadangkan anda supaya membuka kedudukan daripada paras-paras utama.

    Jika laporan pasaran buruh AS ternyata lemah, kami menjangkakan pemulihan sebut harga EUR/USD. Pergerakan cenderung ke arah 1.0860-1.0900.

    Alternatif lain adalah penurunan selanjutnya dalam pasangan mata wang EUR/USD ke paras 1.0700.

    Apabila menjejaki kedudukan, kami mencadangkan penggunaan ‘trailing stop.’

    by JustForex, 2020.05.08

    Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

    Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel