Kami Menanti Statistik Buruh dari AS

Sejak awal bulan ini, dolar AS telah menunjukkan dinamik yang positif berbanding kebanyakan mata wang utama lain. Indeks dolar (#DX) bergerak dari paras rendah tempatan dan menghampiri paras 97.00. Konflik perdagangan antara Washington dan Beijing tidak lagi menjadi perhatian. Ahli pasaran kewangan menilai risiko-risiko ketidakstabilan geopolitik di Timur Tengah. Pada minggu lepas, Presiden AS, Donald Trump telah memberi arahan serangan udara di Baghdad. Akibatnya, Jeneral Iran, Qasem Soleimani telah terbunuh dan menyebabkan ketegangan antara dua negara. Pada hari Isnin, Setiausaha Pertahanan Mark Esper berkata yang Amerika Syarikat tidak bercadang untuk mengeluarkan tenteranya dari Iraq. Pada hari Rabu, Iran telah melancarkan siri serangan peluru berpandu yang menyerang dua pangkalan udara AS di Iraq. Kami mencadangkan anda supaya mengikut maklumat semasa berkenaan isu ini.

dx-2020-01-09
Sumber: finviz.com

Pada masa ini, pelabur-pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum penerbitan statistik buruh di AS bagi bulan Disember pada hari Jumaat, 10 Januari 15:30 (GMT+2:00). Laporan ini mungkin memberi impak yang ketara terhadap dinamik dan penjajaran seterusnya bagi mata wang utama.

Siaran ekonomi terkini dari Amerika Syarikat adalah samar-sama. PMI pembuatan ISM menurun daripada 48.1 kepada 47.2. Indeks keyakinan pengguna dihitung pada 126.5 berbanding jangkaan pasaran, iaitu 128.2. Pada masa yang sama, data awal daripada ADP menunjukkan peningkatan bilangan pekerja yang bekerja dalam sektor bukan pertanian negara sebanyak 202K, iaitu lebih tinggi berbanding nilai yang diramalkan, 160K. PMI bukan pembuatan ISM meningkat kepada 55.0 daripada 53.9.

non-farm-2020-01-09
Sumber: tradingeconomics.com

Pakar-pakar menjangkakan data campuran untuk pasaran buruh bagi bulan Disember: bilangan individu yang bekerja dalam sektor bukan pertanian AS akan menurun daripada 266,000 kepada 164,000; pertumbuhan purata pendapatan sejam adalah 0.3% (m/m) berbanding nilai sebelumnya, 0.2% (m/m); kadar pengangguran akan kekal tidak berubah pada 3.5%. Kami mencadangkan anda supaya memberi perhatian kepada perbezaan antara nilai indikator yang sebenar dan ramalan.

Mari kita pertimbangkan corak teknikal semasa bagi pasangan mata wang EUR/USD

  • Paras Sokongan: 1.11000, 1.10700, 1.10500
  • Paras Rintangan: 1.11300, 1.11600, 1.11750
  • market-news-2020-01-09

    Pasangan mata wang EUR/USD telah menjadi stabil. Instrumen perdagangan mengukuh. Pada masa ini, paras sokongan dan rintangan tempatan yang berikut boleh dibezakan: masing-masing pada 1.11000 dan 1.11300. Indikator menunjukkan kuasa penjual:

    • - Harga telah menjadi tetap di bawah 50 MA dan 100 MA;
    • - Histogram MACD berada dalam zon negatif.

    Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya anda membuka kedudukan daripada paras-paras utama.

    Jika laporan pasaran buruh AS ternyata lemah, kami menjangkakan sebut harga EUR/USD akan pulih semula. Pergerakan cenderung kepada 1.11600-1.11750.

    Alternatif lain adalah penurunan pasangan mata wang EUR/USD kepada 1.10700-1.10500.

    Apabila menjejak kedudukan, kami mencadangkan penggunaan ‘trailing stop.’

    by JustForex, 2020.01.10

    Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

    Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel