Pelabur Menantikan Statistik Penting Dari AS

Semasa sesi terakhir, perdagangan pasangan mata wang utama adalah cukup aktif. Pada masa yang sama, trend sehala tidak diperhatikan. Indeks dolar (#DX) berada dalam trend sisi (97.90-98.30). Pelabur-pelabur menantikan pemacu tambahan. Rundingan perdagangan antara Washington dan Beijing masih menjadi peristiwa utama dalam pasaran kewangan. AS dan China telah menandatangani perjanjian perdagangan sementara pada minggu lepas. Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin berkata yang Washington tidak akan menaikkan tarif daripada 25% kepada 30% pada eksport China yang bernilai $250 bilion. Beijing sebaliknya berjanji untuk meningkatkan pembelian produk-produk pertanian AS. Perjanjian sementara memberi sebab-sebab untuk rundingan yang lebih serius antara Presiden Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping yang akan diadakan di sidang kemuncak APEC di China pada pertengahan November.

finviz-dx-2019-10-15
Sumber: finviz.com

Pada minggu ini, beberapa statistik penting dari AS akan dikeluarkan, statistik-statistik ini akan memberi kesan kepada penjajaran kuasa pasangan mata wang utama dalam jangka masa pendek. Laporan-laporan ini juga mungkin menjejaskan pandangan Fed mengenai dasar monetari selanjutnya.

Kami mencadangkan agar anda memberi perhatian kepada indeks pembuatan Fed Philadelphia dan beberapa indikator pasaran hartanah yang akan dikeluarkan pada hari Khamis, 17 Oktober (15:30 GMT+3:00). Indeks ini menentukan kesejahteraan ekonomi sektor pembuatan Wilayah Persekutuan Philadelphia dan mempunyai pengaruh yang agak kuat terhadap dinamik mata wang AS. Pakar-pakar menjangkakan pada bulan Oktober, angka tersebut akan menurun daripada 12.0 kepada 8.0. Kami mencadangkan anda supaya mengambil kira perbezaan antara nilai-nilai yang sebenar dan yang diramalkan.

us-philadelphia-2019-10-15
Sumber: tradingeconomics.com

Mari kita pertimbangkan corak teknikal semasa bagi pasangan mata wang EUR/USD

  • Paras Sokongan: 1.10000, 1.09400, 1.08850
  • Paras Rintangan: 1.10600, 1.11100, 1.11600
  • market-news-eurusd-2019-10-15

    Buat masa ini, pasangan mata wang EUR/USD sedang mengukuh. Corak teknikal adalah samar-samar. Instrumen perdagangan sedang menguji paras utama sokongan dan rintangan: masing-masing pada 1.10000 dan 1.10600. Indikator tidak menghantar isyarat yang tepat:

    • - 50 MA telah melintasi 100 MA;
    • - Histogram MACD berada dalam zon positif, tetapi berada di bawah garis isyarat.

    Kami mencadangkan anda membuka kedudukan daripada paras-paras utama.

    Sekiranya AS mengeluarkan siaran ekonomi yang lemah, kami menjangkakan pemulihan sebut harga EUR/USD yang selanjutnya. Matlamat segera untuk ambil keuntungan adalah 1.11100. Pergerakan cenderung ke arah 1.11600-1.12200.

    Alternatif lain adalah penurunan dalam pasangan mata wang EUR/USD kepada 1.09500-1.09000.

    Pengesahan dan titik kemasukan ke pasaran hendaklah dilihat pada rangka masa yang lebih rendah. Apabila menjejak kedudukan, kami mencadangkan penggunaan ‘trailing stop.’

    by JustForex, 2019.10.16

    Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

    Pendaftaran

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan