Laporan Pasaran Buruh AS Menjadi Tumpuan Perhatian

Dollar AS terus menunjukkan dinamik positif berbanding mata wang utama dunia yang lain. Sepanjang bulan lepas, indeks dolar (#DX) telah meningkat sebanyak lebih daripada 2% dan telah mencapai paras dua tahun tertinggi. Seperti yang dijangka, Fed menurunkan kadar faedah utamanya sebanyak 25 mata asas kepada 2.00-2.25%. Pada masa yang sama, pengerusi Fed, Jerome Powell, tidak menjangkakan pemotongan kadar yang berterusan seperti yang diumumkan pada sidang media selepas mesyuarat Fed.

dx-finviz-2019-08-01
Sumber: finviz.com

Buat masa ini, para pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum penerbitan laporan pasaran buruh AS untuk bulan Julai pada hari Jumaat, 2 Ogos. Statistik-statistik ini boleh mempengaruhi pandangan Fed berkenaan pelarasan kadar dasar monetari yang selanjutnya.

Laporan terkini dari AS adalah agak optimistik. Data awal daripada ADP menunjukkan peningkatan bilangan individu yang bekerja dalam sektor bukan pertanian negara kepada 156K, lebih tinggi berbanding nilai yang diramalkan pada 150K. Indeks keyakinan pengguna meningkat kepada 135.7 berbanding jangkaan pasaran pada 125.0.

us-non-farm-2019-08-01
Sumber: tradingeconomics.com

Pakar-pakar menjangkakan data campuran mengenai pasaran buruh: bilangan individu yang bekerja dalam sektor bukan pertanian AS akan menurun kepada 164,000; pertumbuhan purata pendapatan sejam dan kadar pengangguran akan kekal tidak berubah dan masing-masing dihitung kepada 0.2% (m/m) dan 3.7%. Kami mencadangkan anda supaya memberi perhatian kepada perbezaan antara nilai-nilai yang sebenar dan yang diramalkan.

Mari kita pertimbangkan corak teknikal semasa pasangan mata wang EUR/USD

  • Paras Sokongan: 1.10300, 1.10000
  • Paras Rintangan: 1.10600, 1.11000, 1.11200
  • eurusd-market-news-2019-08-01

    Wujud jualan yang agresif pada pasangan mata wang EUR/USD. Buat masa ini, instrumen perdagangan mengukuh. Euro sedang menguji paras tahunan rendah. Paras tempatan sokongan dan rintangan masing-masing adalah 1.10300 dan 1.10600. Indikator menunjukkan kuasa penjual:

    • - Harga telah menjadi tetap di bawah 50 MA dan 100 MA;
    • - Histogram MACD berada dalam zon negatif.

    Walau bagaimanapun, kami mencadangkan anda supaya membuka kedudukan daripada paras-paras utama.

    Jika statistik dari AS ternyata positif, kejatuhan sebut harga EUR/USD yang seterusnya adalah dijangka. Pergerakan cenderung ke arah 1.10000-1.09500.

    Alternatif lain adalah pemulihan pasangan mata wang EUR/USD kepada 1.11000-1.11200.

    Pengesahan dan titik kemasukan ke pasaran perlu dilihat pada rangka masa yang lebih rendah. Apabila menjejak kedudukan, kami mencadangkan penggunaan ‘trailing stop.’

    by JustForex, 2019.08.02

    Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

    Pendaftaran

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan