Ahli Pasaran Kewangan Menanti Laporan Mengenai Pasaran Buruh AS

Pada minggu ini, sejumlah laporan dan berita ekonomi yang penting telah dikeluarkan. Perdagangan pasangan mata wang utama adalah sangat aktif. Mata wang tunggal masih berada di bawah tekanan disebabkan kebimbangan mengenai bajet Itali. Timbalan Perdana Menteri Itali berkata bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk beralih daripada objektif-objektif perbelanjaan negara yang telah dinyatakan, di mana ia menandakan defisit bajet sebanyak 2.4% daripada KDNK. Para pelabur menilai perjanjian perdagangan yang baharu (USMCA) antara Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada. Konflik perdagangan antara Amerika Syarikat dan China telah menjadi kurang penting. Namun begitu, peristiwa penting adalah penerbitan laporan mengenai pasaran buruh AS untuk bulan September, iaitu pada hari Jumaat, 5 Oktober (15:30 GMT+3:00). Statistik-statistik ini boleh memberi kesan yang ketara terhadap dinamik dan penjajaran kuasa seterusnya kepada pasangan mata wang utama.

Laporan terkini dari AS adalah agak optimistik. Pada bulan September, PMI bukan pembuatan ISM Amerika Syarikat meningkat daripada 58.5 kepada 61.6. Menurut ADP, bilangan orang yang bekerja dalam sektor bukan pertanian negara adalah 230000, di mana ia jauh lebih tinggi berbanding jangkaan pasaran pada 187,000. Indeks keyakinan pengguna meningkat sebanyak 2.7% dan mencapai tahap maksimum dalam masa 18 tahun (138.4). PMI pembuatan ISM negara menjadi perlahan sedikit dan berjumlah 59.8.

US Nonfarm
Sumber: tradingeconomics.com

Pada masa yang sama, pakar menjangkakan bahawa pada bulan September, bilangan orang yang bekerja dalam sektor bukan pertanian akan menurun kepada 185,000. Kadar pengangguran akan menurun daripada 3.9% kepada 3.8%. Peningkatan purata gaji sejam adalah 0.3%. Kami mencadangkan supaya anda memberi perhatian kepada perbezaan antara nilai-nilai indikator yang sebenar dan yang diramalkan.

Mari kita pertimbangkan corak teknikal semasa pasangan mata wang EUR/USD
  • Paras Sokongan: 1.14650, 1.14000, 1.13600
  • Paras Rintangan: 1.15400, 1.16250, 1.17250
EUR/USD pattern

Sentimen bearis adalah lebih besar pada pasangan mata wang EUR/USD. Pada masa ini, sebut harga mengukuh berhampiran paras sokongan tempatan 1.14650. Tanda 1.15400 sudah menjadi rintangan "cermin". Indikator menunjukkan kuasa penjual:
- harga telah menjadi tetap di bawah 50 MA dan 200 MA;
- histogram MACD berada dalam zon negatif dan terus menurun.

Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya anda membuka kedudukan daripada paras-paras utama.

Jika harga menjadi tetap di bawah paras sokongan tempatan 1.14650, kami menjangkakan penurunan seterusnya dalam sebut harga EUR/USD. Pergerakan cenderung kepada 1.14000-1.13600.

Pilihan alternatif. Jika statistik pasaran buruh AS ternyata lemah, pasangan mata wang EUR/USD mungkin akan menguji paras 1.15750-1.16250 sekali lagi.

Pengesahan dan titik kemasukan ke dalam pasaran perlu dilihat pada rangka masa yang lebih rendah. Apabila menjejak kedudukan, kami mencadangkan penggunaan "trailing stop".

oleh JustForex, 05/10/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan