Bloomberg Telah Memperkenalkan Indeks Mata Wang Kripto Baharu

Bloomberg, bersama-sama dengan Galaxy Digital Capital Management LP, sebuah syarikat yang mengurus mata wang kripto, diketuai oleh Mike Novograt telah melancarkan Indeks Kripto Bloomberg Galaxy (Bloomberg Galaxy Crypto Index, BGCI). Indeks ini akan memantau dinamik mata wang kripto yang paling popular dan cair.

Indeks Kripto Bloomberg Galaxy akan menunjukkan keadaan keseluruhan pasaran mata wang kripto dan membawa "ketelusan yang baharu" dalam indeks tersebut, kata Novogratz. Alan Campbell, Pengurus Produk Global untuk Indeks Bloomberg percaya yang pelancaran BGCI menggambarkan minat pelanggan yang semakin meningkat dalam mata wang digital. Campbell juga menyatakan:

"Indeks membawa pendekatan rapi kami untuk pembentukan indeks kepada kripto dan akan menyediakan pelabur dengan penanda aras yang telus untuk mengukur prestasi pasaran yang lebih luas."

Indeks Kripto Bloomberg Galaxy akan menjejak dinamik permodalan pasaran berdasarkan sepuluh mata wang kripto dalam nisbah berikut:

Bitcoin – 30,00%
Ethereum – 30,00%
Ripple – 14,14%
Bitcoin Cash – 10,65%
EOS – 6,11%
Litecoin – 3,77%
Dash – 1,67%
Monero – 1,66%
Ethereum Classic – 1,00%
Zcash – 1,00%

Syarikat-syarikat ini menyatakan yang indeks tersebut menggunakan "metodologi dan data berdasarkan peraturan" yang diperoleh daripada sumber-sumber yang telah dikaji dengan teliti oleh kedua-dua syarikat. Walau bagaimanapun, butiran tersebut tidak akan didedahkan.

oleh JustForex, 11/05/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (Personal Consumption Expenditures). Apakah yang perlu diketahui oleh pedagang?
Sekali sebulan, Analisis Ekonomi Biro AS mengeluarkan data mengenai Indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (Personal Consumption Expenditures - PCE). Ini merupakan salah satu indikator inflasi yang paling penting kepada Rizab Persekutuan AS. Beberapa pegawai Fed memberi banyak perhatian kepada indeks ini berbanding Indeks Harga Pengguna (Consumer Price Index - CPI).
Baca lebih lanjut