mt4-charts-setting-2

Bekerja dengan Carta-carta – Bahagian 2. Simpan dan Muatkan Template dalam MT4

Anda boleh menetapkan parameter tetingkap dan menggunakan tetapan ini pada carta-carta lain. Ianya tidak susah. Hanya perlu ubah suai carta ke[ada cara yang ada mahu dan kemudian simpan tetapan personal ke dalam template. Bagaimana melakukannya?

  1. Klik-kanan pada carta.
  2. Pilih “Template” dalam menu konteks, kemudian klik “Save Template”.
  3. Sebuah tetingkap terbuka. Beri nama pada template dan klik “Save”.
  4. Simpan template dalam MT4

    Atau, pergi pada toolbar, cari ikon “Templates” dan klik “Save Template”.

    klik Save Template

Sekarang anda boleh menggunakan template ini pada sebarang carta. Ianya boleh dilakukan dengan 3 cara:

Cara 1: Via “Charts”:

muatkan template dalam MT4 cara 1

Cara 2: Melalui toolbar:

muatkan template dalam MT4 cara 2

Cara 3: Klik-kanan pada carta:

muatkan template dalam MT4 cara 3

Analisis pada tetapan carta

Carta di MT4 mempunyai tetapan yang fleksibel. Trader boleh mengubah carta berdasarkan kehendak sendiri. Ia sangat memudahkan analisis ke atas pergerakan harga. Mari kita lihat analisis kewangan kami menetapkan carta.

Analisis pada tetapan carta

Jadi, apa yang dapat kita lihat? Dua indikator ditambah pada carta: MACD dan Stochastic.

MACD (Moving Average Convergence Divergence) bermaksud penumpuan/perbezaan pada purata pergerakan. MACD adalah berdasarkan garis pergerakan purata.

Stochastic Oscillator menghantar signal overbought dan oversold. Stochastic Oscillator terdiri daripada dua garisan – %K dan %D.

Kedua-dua indikator ini merujuk kepada kumpulan oscillator dan yang berada di bawah harga carta. Anda boleh menetapkan indikator pada carta dengan beberapa cara mudah:

  1. Via menu “Charts”.
  2. menetapkan indikator pada carta via menu charts

  3. Via “Navigator”. Pilih indikator dan tariknya kedalam carta.
  4. menetapkan indikator pada carta via indikator

Ini adalah dua garis mendatar pada carta. Garis ini adalah level support dan resistance. Level resistance sentiasa melebihi harga. Apabila harga menghampiri level resistance, kebanyakkan peserta pasaran akan mula menjual mata wang. Level support adalah di bawah harga. Apabila harga menghampiri level support, trader mula membeli mata wang tersbut. Oleh itu, level support dan resistance menunjukkan level dimana trader sanggup menjual/membeli mata wang.

Timeframe pada carta adalah H1 (per jam). Pemisah jangka masa adalah harian: pada carta, kita boleh melihat permulaan dan penghabisan harian.

Secara grafik, harga ditunjukkan dalam bentuk candlestick. Candlestick Jepun terdiri daripada harga OHLC: Open, High, Low dan harga Close. Body candle mungkin kosong dan berwarna. Sekiraya body tidak diwarnakan, Jadi bulls (pembeli) akan menghalang di pasaran, itu menunjukkan pertambahan harga. Sekiranya badan candle adalah diwarnakan gelap, bears (penjual) akan menghalang di pasaran, menunjukkan pengurangan harga. Oleh itu, candlestick jepun membantu trader untuk melihat tingkah laku dan mood pasaran pada setiap masa.

Mengubah carta seperti yang anda mahu. Bina ruang kerja yang selesa untuk memudahkan trading anda. Platform MT4 mempunyai semua syarat-syarat ini.

Anggaran artikel: 1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5.00 out of 5)
 

Langgan surat berita kami!

Dapatkan e-buku "Building Blocks for sucсeeding with Forex Trading" dan pemberitahuan tentang berita terkini sebanyak sekali, seminggu

 

Send this to friend