ducks-1-min

CPA: semua yang anda perlu tahu mengenai program gabungan ini

Program gabungan adalah suatu perkara biasa dalam perniagaan dalam talian mahupun pemasaran. Dengan bantuan mereka, syarikat dapat menarik pelanggan-pelanggan baru dan rakan perniagaan dapat juga menikmati keuntungan. CPA (menelan belanja setiap pemerolehan) ialah salah satu program yang berjaya dan paling popular untuk kedua-dua pihak perkongsian. Bagaimanakah rasanya?

Apakah itu CPA?

Program affiliasi ialah satu bentuk kerjasama antara syarikat itu / usahawan, seorang broker dalam kes kami, dan seorang rakan kongsi dan berdasarkan syarat-syarat yang saling menguntungkan kedua dua pihak. Tujuan broker adalah untuk menarik peniaga-peniaga aktif baru, untuk menambah jumlah dagangan dan keuntungan. Untuk ini, mereka mencari rakan yang akan melibatkan diri dalam aktiviti menarik pelanggan. Rakan, bergilir-gilir, diberi ganjaran untuk setiap pelanggan baru.

Syarat-syarat program gabungan dibina supaya rakan kongsi dapat membawa peniaga-peniaga yang hanya kemungkinan aktif dan broker akan menukarkan mereka kepada pelanggan mereka sendiri dengan syarat keadaan dagangan yg baik.

cpa sheme

Jika anda memutuskan untuk menjadi rakan kongsi orang lain dalam model CPA, ini bermakna bahawa broker akan memberi bayaran kepada anda jika anda berjaya menarik minat pelanggan untuk berdaftar dengan broker tersebut. Contohnya, anda memiliki sebuah blog atau satu forum mengenai topik-topik kewangan. Di sini anda telah pun secara tidak langsung dapat mengumpulkan kumpulan-kumpulan penonton yg terdiri daripada pedagang, mereka berkongsi pengalaman mereka atau dapat mencari satu broker yang terbaik untuk dagangan mereka. Dalam kes ini, anda boleh menggunakan sumber ini dengan menjadi seorang ahli program gabungan CPA dan jana pendapatan yg lumayan.

Anda belajar syarat-syarat dagangan broker, daftar diri anda sebagai rakan kongsi mereka dan cadangakan syarikat tersebut untuk melihat aktiviti anda dalam forum anda. Pedagang yg berdaftar dalam broker, buka akaun dan mulakan operasi dagangan. Semua ini direkodkan dalam Back Office rakan kongsi di laman web broker. Broker dapat melihat bahawa anda telah menepati syarat program dan membayar anda jumlah wang tertentu untuk pelanggan yg berdaftar.

Ciri – ciri CPA

Jika anda bekerja di bawah model CPA, kerjasama gabungan ditumpukan kepada keuntungan jangka pendek: rakan kongsi akan mendapat satu ganjaran daripada pelanggan yg diperoleh. Tetapi ia tidak cukup dengan hanya menarik seorang pelanggan baru. Berdasarkan model perkongsian CPA, satu pelanggan baru harus bukan sahaja didaftarkan dalam syarikat tetapi juga membuat satu pembelian atau mendeposit akaun mereka, dalam kes industri ini iaitu Forex. Hanya dengan itu anda, sebagai rakan gabungan, akan mendapat ganjaran anda.

cpa-infographics

Apakah yang dapat ditakrifkan daripada program gabungan CPA yg terbaik?

Syarikat besar mampu untuk belanja lebih banyak wang untuk pengagihan pengiklanan dan pemerolehan pelanggan, dibandingkan dengan syarikat yang mana baru sahaja memulakan aktiviti-aktivitinya. Banyaksyarikat-syarikat membangun meningkatkan perbelanjaan mereka di program rakan kongsi sepanjang masa, hasilnya, anda boleh dapat ganjaran lumayan malah lebih berbanding dahulu.

Terdapat forum-forum khusus, di mana rakan-rakan kongsi berkongsi pengalaman mereka dalam satu syarikat tertentu, mereka memberitahu berapa mereka telah dibayar ataupun sama ada ia adalah hanya pameran semata – mata. Tetapi adalah lebih baik untuk memastikan daripada sumber asal, bagaimana kebaikan program gabungan ini atau sebaliknya. Tarik minat sekurang-kurangnya seorang pelanggan dan perhatikan bagaimana ketelusan syarikat dalam menepati janji mereka.

Anggaran artikel: 1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5.00 out of 5)
 

Langgan surat berita kami!

Dapatkan e-buku "Building Blocks for sucсeeding with Forex Trading" dan pemberitahuan tentang berita terkini sebanyak sekali, seminggu

 

Send this to friend