the-simpsons-homer-at-the-station

Platform dagangan MetaTrader 4

  1. Platform dagangan MetaTrader 4
  2. Mengenali terminal MT4 dengan lebih lanjut
  3. Jenis-jenis perintah dalam MT4
  4. Stop Loss, Take Profit, Trailing Stop
  5. Dagangan satu klik
  6. Analisis Teknikal: petunjuk dan carta dalam MT4
  7. Copy Signal: bagaimana ingin buat orang berdagang untuk anda
  8. Versi MT4: PC, telefon bimbit, online
  9. Tip dan nasihat yang berguna tentang penggunaan terminal

Semua pekerjaan ada tempat kerja yang khusus. Seorang chef memasak dalam dapur restoran, seorang juruterbang akan menerbangkan pesawat daripada kokpit, seorang akauntan akan menyimpan rekod akaun di pejabat, seorang penyanyi akan membuat persembahan di atas pentas. Bagaimana pula dengan seorang trader?

Tugas seorang trader adalah untuk membuka dan menutup urus niaga dalam terminal – sebuah program khas yang telah dicipta untuk dagangan secara online. Selama 10 tahun, platform dagangan MetaTrader 4 telah menjadi pilihan di kalangan para peserta yang terlibat dengan Forex, CFD dan Niaga Hadapan. Perincian dan fungsi platform dagangan ini amat berguna, menjadikan ia sebuah alatan yang serba guna.

Platform dagangan MetaTrader 4

Terminal dagangan MT4 telah dibangunkan oleh MetaQuotes Software Corp., pada tahun 2005. Platform ini telah menarik minat ramai broker, sejak sebelum pelancaran rasminya lagi. Ia amat berbeza daripada program-program sebelum ini kerana semua perincian platform telah dibina semula dari awal. Platform ini kemudiannya mengeluarkan terminal versi telefon bimbit, dengan reka bentuk ditambah baik, dan beberapa ciri-ciri baru disertakan. Pemaju yang membangunkan platform dagangan MT4 mengemas kini dan menambah baik prestasi platform sepanjang masa, dengan menghasilkan pembaharuan sebanyak beberapa kali dalam masa setahun (setiap dua – lima bulan). Oleh itu, MetaTrader 4 kini telah menjadi sebuah platform dagangan yang paling terkenal, mudah dan nyata berfungsi untuk pasaran.

Platform MetaTrader 4 dicipta untuk melakukan dagangan, dagangan automatik, menyalin dagangan dan melakukan analisis teknikal.

Berdagang dalam MT4

Platform MT4 memiliki sebuah sistem dagangan yang amat hebat. Trader boleh menggunakan pelbagai strategi dagangan yang rumit, seperti scalping* dalam platform ini. Sebut harga yang dipaparkan dalam MT4 adalah sebut harga yang sebenar pada ketika itu. Jadi, trader dengan serta-merta dapat melihat sebarang perubahan dalam pasaran atau pembukaan mana-mana tawaran yang berfaedah.

* Scalping adalah satu strategi dagangan, di mana trader boleh membuka perintah cepat. Urus niaga selalunya hanya berlangsung tak lebih daripada 5 minit, dengan keuntungan atau kerugian bergantung pada beberapa perkara.


metatrade4

Mengenali terminal MT4 dengan lebih lanjut

Interface platform MT4 amat mudah untuk difahami. Di bahagian atas menu utama, tersenarai semua fungsi-fungsi terminal. Fungsi-fungsi tersebut termasuklah:

  • “File” – gabungan semua arahan untuk konfigurasi dan untuk berurusan dengan carta, mengurus profil, menyimpan data dan graf, mencetak graf;
  • “View” – menguruskan isyarat tetingkap, toolbar, atau bahasa program;
  • “Insert” – mengandungi objek yang boleh dimasukkan dalam carta seperti garis, petunjuk, ikon, dll.;
  • “Charts” – gabungan antara tetapan untuk arahan mengurus dan meletakkan harga pada carta dan petunjuk;
  • “Tools” – anda boleh buat perintah baru, mengurus tetapan terminal, membuka sebut harga yang telah disimpan, pemboleh ubah global, dan Editor Bahasa MetaQuotes;
  • “Window” – mengandungi arahan untuk mengurus tetingkap carta;
  • “Help” – gabungan pelbagai arahan pilihan: Komuniti MQL4, Komuniti MQL5, bahagian analisis teknikal dan penerangan program.

mt4-market-watch

Pada bahagian atas carta, dalam toolbar, terdapat 9 rangka masa – iaitu tempoh masa: M1 (tempoh carta adalah 1 minit), M5 (tempoh carta adalah 5 minit), M15 (tempoh carta adalah 15 minit), M30 (tempoh carta adalah 30 minit), H1 (tempoh carta adalah 1 jam), H4 (tempoh carta adalah 4 jam), D1 (tempoh carta adalah 1 hari), W1 (tempoh carta adalah 1 minggu), MN (tempoh carta adalah 1 bulan).

“Market Watch” pula berada di bahagian kiri tetingkap terminal. Di sini, sebut harga terkini bagi alat dagangan (pasangan mata wang) akan dipaparkan.

Jika anda right-click pada mana-mana pasangan mata wang, sebuah tetingkap akan membolehkan anda membuka satu perintah pada pasangan mata wang yang telah dipilih, memaparkan graf, atau melihat kedalaman pasaran. Tawaran pasangan mata wang yang terkini dan terbaik untuk dijual atau dibeli juga akan dipaparkan di sini. Anda boleh memberi perintah pada mana-mana pasangan mata wang yang ada.

meta-trade-depth-of-market

sell-close-buy

“Terminal” atau bahagian bawah panel MT4 akan memaparkan kedudukan dagangan, sejarah akaun, berita, pemberitahuan amaran.

Jenis-jenis perintah dalam MT4

Dalam MetaTrader 4, anda boleh membuka pelbagai jenis perintah dagangan, seperti: Beli/Jual pasaran, Perintah Henti Beli belum selesai, Henti Jual, Had Beli atau Had Jual.

Perintah Pasaran (Market orders) adalah cadangan untuk membeli atau menjual (pasangan mata wang atau logam) pada harga yang terkini. Maksudnya pada harga yang dapat dilihat dalam carta sekarang.

Perintah Belum Selesai (Pending orders) adalah cadangan untuk membeli atau menjual pasangan mata wang pada harga akan datang. Trader akan menetapkan harga yang diingini untuk membeli atau menjual pasangan mata wang tersebut. Urus niaga kemudiannya akan dijalankan apabila harga mencapai sasaran tertentu.

Platform dagangan MT4 menawarkan dua jenis pelaksanaan perintah, iaitu: Pelaksanaan Segera (Instant Execution) dan Pelaksanaan Pasaran (Market Execution). Namun, tidak semua broker menawarkan kedua-dua pelaksanaan perintah ini. Pelaksanaan perintah yang dipilih oleh broker akan disertakan dalam syarat-syarat dagangan mereka.

Pelaksanaan Pasaran (Market Execution): Urus niaga akan dijalankan pada harga yang sah ketika proses pemprosesan oleh server. Maka, harga mungkin berbeza dengan apa yang dapat anda lihat di skrin kerana pasaran Forex amat tidak menentu.

Pelaksanaan Segera (Instant Execution): Urus niaga akan dijalankan pada harga yang telah ditetapkan. Jika broker tidak dapat menjalankan urus niaga dengan harga tersebut, dia akan menghantar sebut harga semula atau tawaran sebut harga yang baru. Anda boleh menerima atau menolak tawaran harga baru tersebut.

Stop Loss, Take Profit, Trailing Stop

Pasaran Forex nyata amat tidak menentu. Akibat daripada pelbagai berita atau punca yang tidak dapat diduga, harga pasaran mampu naik atau jatuh dengan mendadak. Jika pada waktu-waktu genting ini, trader membuka perintah, dia mungkin akan kerugian! Trader yang berpengalaman tahu bagaimana untuk mengelak kerugian – iaitu dengan menggunakan fungsi Stop Loss dan Take Profit.

Stop Loss adalah satu fungsi yang tersedia dalam platform MT4 untuk mengurangkan kerugian bagi seseorang trader. Apabila trader memberi perintah pasaran dan khuatir dengan keadaan harga mata wang, dia boleh menetapkan paras Stop Loss. Apabila pasangan mata wang mencapai paras Stop Loss, urus niaga akan ditutup secara automatik untuk mengurangkan kerugian.

lights-rail-crossing

Trailing Stop adalah salah satu fungsi dalam MetaTrader 4, yang menetapkan proses Stop Loss secara automatik. Trader boleh membuka sebarang urus niaga, menetapkan paras Stop Loss, kemudiannya mengaktifkan fungsi Trailing Stop. Sekarang, jika harga bergerak dalam arah yang menguntungkan buat trader, paras Stop Loss akan secara automatik mengemas kini harga.

Trader boleh mengubah paras Stop Loss secara manual, namun fungsi Trailing Stop memudahkan tugas ini. Trailing Stop boleh ditetapkan pada mana-mana nombor atau mata, seperti contoh – 20. Maka jurang antara harga dan paras untuk menutup urus niaga adalah 20 pips. Jika harga bergerak dalam arah yang merugikan, maka paras Stop Loss masih sama dan tidak akan mengemas kini harga.

Take Profit adalah satu fungsi dalam MT4 untuk menetapkan keuntungan. Trader boleh menetapkan paras Take Profit. Selepas paras ditetapkan, setiap urus niaga akan secara automatik ditutup dengan keuntungan. Ianya boleh diletakkan pada dua atau lebih point dari harga sekarang. Dan apabila harga meningkat dengan dua point, order akan ditutup.

Dagangan satu klik

Terdapat pilihan “Dagangan Satu Klik” dalam platform MetaTrader 4. “Dagangan Satu Klik” adalah fungsi yang membenarkan anda untuk memberi perintah dengan satu klik. Untuk mengaktifkan fungsi ini, right-click pada carta dan klik pada “Dagangan Satu Klik”. Anda kemudiannya akan dapat melihat sebuah panel yang akan sentiasa berubah warna – daripada warna merah ke biru, biru ke kelabu, atau daripada warna kelabu ke merah, atau sebaliknya.

one-click-trading-blueone-click-trading-red

Panel ini memaparkan harga Bid dan Ask. Tetapkan saiz urus niaga dan tekan “Jual” atau “Beli”. Tawaran akan terbuka dengan segera, tanpa memerlukan sebarang pengesahan!

Warna merah pada panel bermaksud harga terkini adalah lebih rendah berbanding harga sebelum ini;
Warna biru bermaksud harga terkini adalah lebih tinggi berbanding harga sebelum ini;
Warna kelabu bermaksud tiada sebarang perubahan dalam masa 15 saat yang lalu.

Untuk belajar bagaimana ingin memberi perintah buka pasaran dalam MetaTrader 4, baca artikel “Bagaimana cara membuka order – membuat market order pada MT4”. Baca di sini untuk mengetahui bagaimana ingin mendagangkan perintah belum selesai.

Analisis Teknikal: petunjuk dan carta dalam MT4

“Against all this will be objected, that these computations are very hard if not impossible to make; to which I answer only this, that are so, especially if none will trouble their hands or heads to make them, or give authority for so doing”, – William Petty, Treatis Taxes & Contributions ©

dog-smart-analysis

Analisis teknikal boleh dijalankan dengan sempurna dalam platform MetaTrader. Terdapat 30 petunjuk terbina di dalam platform dengan 2000 petunjuk pengguna; 23 objek analitikal (seperti bentuk, garisan, ikon), 9 rangka masa, dan tiga jenis graf (linear, bar dan candlestick). Anda juga boleh membuka beberapa jenis carta dalam masa yang sama. Semua carta amat interaktif, boleh dilihat dengan mudah dan di skala mengikut waktu yang sebenar.

Terminal ini mengandungi petunjuk dan alatan talian, yang boleh disertakan dalam carta untuk menghasilkan analisis yang tepat. Semua petunjuk akan membantu trader menganalisis perlakuan pasangan mata wang pada masa lepas, dan meramalkan pergerakan pasangan mata wang tersebut di masa hadapan. Petunjuk boleh disertakan dalam carta secara automatik, manakala alatan garisan boleh disertakan secara manual.

Mengkaji garisan adalah mengkaji bentuk geometri yang berbeza untuk menunjukkan pergerakan dan tahap trend yang berbeza, seperti tahap sokongan atau rintangan. Pengajian garisan mengkaji garisan mendatar dan menegak, garisan trend, alatan Fibonacci dan Gann, garisan kitaran, dan Pitchfork Andrew.

Petunjuk Forex adalah sebuah algoritma yang dapat membantu melihat pergerakan kemungkinan harga dalam masa yang terdekat. Petunjuk ini akan memberikan klu dalam bentuk corak untuk menentukan bila trader harus masuk atau keluar daripada pasaran.

4 petunjuk asas telah dimasukkan secara percuma dalam platform MetaTrader 4 ini, iaitu: petunjuk pengayun, petunjuk trend, petunjuk isi padu, dan petunjuk Bill William. Petunjuk pengayun mengenal pasti zon overbought dan oversold dalam pasaran, dan meramal bila harga akan ke arah bertentangan. Petunjuk trend pula menunjukkan trend harga mana yang bergerak ketika itu. Manakala petunjuk isi padu menunjukkan perubahan harga dalam tanda. Petunjuk Bill William pula adalah sebuah isyarat author yang meramal pergerakan harga dalam lima dimensi.

Untuk menambah petunjuk dalam carta, pergi ke tab “Insert” → “Indicator” dan pilih petunjuk mana yang anda ingini.

indicator-mt4

Jika tiada sebarang petunjuk yang sesuai untuk dipilih, lihat petunjuk lain dalam embedded Market. Di sini, anda dapat menjumpai lebih daripada 1,700 orang penasihat dan 2,100 petunjuk – sama ada perlu dibayar atau boleh didapatkan secara percuma. Adakah petunjuk-petunjuk ini berkesan? Anda boleh baca ulasan atau cubanya sendiri!

Anda juga boleh mencipta petunjuk atau robot dagangan dengan sendiri, jika anda memahami perihal pengaturcaraan MQL4.

Copy Signal: bagaimana ingin buat orang berdagang untuk anda

“Good artists copy, great artists steal.” – Pablo Picasso ©

copytrading

Pemaju MetaTrader 4 telah menawarkan satu langkah mudah! Terdapat fungsi copy-trading dalam terminal ini – di mana dagangan dijalankan secara automatik. Urus niaga dalam akaun anda akan disalin ke akaun trader yang lain.

Dalam panel “Terminal” → “Signals”, tekan tab paparan copy signal. Mengapa anda memerlukan fungsi copy-trading ini?

  1. Anda tidak perlu berdagang dengan sendiri – trader lain akan melakukan semuanya untuk anda. Namun, trader ini akan dapat komisen atau mengumpul rating. Pembekal Isyarat (signal provider) juga dapat wang dan bantu anda dalam masa yang sama.
  2. Anda boleh belajar daripada trader yang berpengalaman. Ya, anda boleh saja mula menyalin isyarat dan mulakan urus niaga anda sendiri. Namun anda juga boleh lihat aktiviti pembekal, belajar strategik yang digunakannya, dan lakukan ia sendiri!
  3. Anda membuat keuntungan tanpa perlu bersusah-payah.

Sila baca artikel “MQL5 signals: bagaimana cara menyalin sesuatu transaksi dan dapatkan keuntungan” untuk memahami bagaimana ingin memulakan fungsi copy signal yang terbaik dalam MT4.

Versi MT4: PC, telefon bimbit, online

Platform dagangan MetaTrader 4 boleh diperolehi pada komputer malah juga pada peranti mudah alih. Terdapat 3 versi bagi platform ini: iaitu versi desktop – untuk PC dengan Microsoft Windows, versi peranti mudah alih – untuk telefon pintar dan tablet yang menggunakan software Android atau iOS, dan versi dalam talian – boleh dibuka menggunakan pelayar dari mana-mana peranti.

Trader tidak terikat pada mana-mana tempat atau masa. Oleh sebab itu dengan versi platform yang berbeza-beza ini, anda dibenarkan untuk sentiasa berada dalam terminal, dan menjalankan dagangan selama 24 jam sehari. Anda boleh memuat turun mana-mana versi platform secara percuma dan tidak memerlukan pendaftaran.

MetaTrader 4 Untuk PC

Platform MT4 versi desktop adalah platform yang paling hebat dan paling berfungsi berbanding versi yang lain. Antara ciri-ciri utama bagi platform MT4 untuk PC adalah:

  • Mendagangkan alat kewangan (pasangan mata wang) dalam pasaran Forex;
  • 9 rangka tempoh masa dalam carta;
  • Sebut harga pada waktu yang sebenar;
  • Carta yang interaktif;
  • Dagangan satu klik;
  • Berdagang dari carta;
  • Keupayaan untuk bersambung dengan robot dagangan (penasihat);
  • Lebih daripada 50 petunjuk dan corak carta untuk analisis teknikal;
  • Bekerja dengan perintah belum selesai dan pasaran;
  • Suapan berita;
  • Mel dalaman.

MT4 telah dibangunkan untuk sistem pengendalian Windows. Berikut adalah keperluan sistem yang diperlukan untuk sesebuah PC:

  • Versi Windows XP atau lebih tinggi;
  • Pemproses Intel Celeron dengan frekuensi 1.7 GHz dan ke atas;
  • 256 MB RAM atau lebih;
  • 50 MB ruang cakera yang kosong.

Download MetaTrader 4 untuk PC

Untuk belajar bagaimana ingin memasang platform dagangan MetaTrader 4, jika anda tidak menggunakan Windows, sila baca artikel “Bagaimana untuk memasang MetaTrader 4 di peranti yang berbeza” dan “Cara–cara untuk memasang MT4 pada komputer dalam tempoh 5 minit”.

MT4 Untuk iPhone

Trader dengan peranti mudah alih iPhone, iPad, dan iPod Touch sentiasa boleh berdagang dan melakukan pelbagai urusan lain dengan mudah. Interface platform MT4 untuk iPhone lebih mudah dan bersifat intuitif. Fungsi platform dalam versi telefon mudah alih juga hampir sama dengan fungsi platform versi desktop. Antara ciri-ciri MetaTrader untuk peranti iOS adalah:

  • Berdagang tanpa terbatas pada mana-mana tempat;
  • Mendagangkan alat kewangan (pasangan mata wang) dalam pasaran Forex;
  • 9 rangka tempoh masa dalam carta;
  • Sebut harga pada waktu yang sebenar;
  • Membuka, menutup dan menyelaras perintah belum selesai atau pasaran;
  • Berdagang dari carta;
  • 30 petunjuk teknikal;
  • Sebuah panel – menayangkan urus niaga yang dibuka atau telah ditutup, sejarah dagangan, amaran, isyarat dan suapan berita;
  • Carta yang amat interaktif – memudahkan anda untuk scroll, zoom, melaras warna bar, isi padu, keuntungan bersih, dll,;
  • Mod luar talian (offline), yang menyertakan info sebut harga, carta, dan sejarah dagangan.

Keperluan Sistem: iPhone, iPad, iPod Touch dengan software 5.1.1 ke atas.

Download MetaTrader 4 untuk iPhone

MT4 Untuk Android

Jika anda memiliki telefon pintar atau tablet dengan operasi Android, anda boleh mendapatkan program dagangan MT4, dengan rekaan dan fungsinya yang mudah. Antara kelebihan platform MT4 untuk Android adalah:

  • Interface yang intuitif;
  • Dagangan forex dengan mod 24/5;
  • Carta dengan sembilan rangka masa;
  • Sebut harga pada waktu yang sebenar;
  • Berfungsi untuk perintah belum selesai dan pasaran;
  • Keupayaan untuk berdagang dari carta;
  • 30 petunjuk untuk analisis teknikal;
  • Memaparkan urus niaga yang dibuka dan telah ditutup, sejarah dagangan dan berita;
  • Boleh zoom, scroll, dan melaraskan carta;
  • Mod luar talian (offline) dengan info sebut harga, carta dan sejarah dagangan.

Keperluan Sistem: peranti dengan operasi Android 4.0 dan ke atas.

Download MetaTrader 4 untuk Android

WebTrader

Jika anda tidak dapat atau tidak mahu memuat turun platform dagangan MT4, anda boleh menggunakan terminal online. WebTrader adalah platform MT4 versi online, yang menggunakan medium pelayar (browser). Fungsi platform MT4 dalam versi online ini lebih mudah, namun bagi individu yang masih berjinak-jinak dalam bidang ini, ia agak sukar. Tetapi, interface terminal online lebih mudah berbanding platform versi desktop. Untuk menggunakan MT4 WebTrader, anda memerlukan peranti dengan akses internet.

Ciri-ciri terminal berasaskan pelayar:

  • Anda tidak perlu memuat turun dan memasang terminal;
  • Boleh didapati pada mana-mana peranti atau OS, yang memiliki pelayar dan akses internet;
  • Mendagangkan alat kewangan (pasangan mata wang) dalam pasaran Forex;
  • 9 rangka tempoh masa dalam carta;
  • Sebut harga pada waktu yang sebenar;
  • Membuka, menutup dan menyelaras perintah belum selesai atau pasaran;
  • Berdagang dari carta;
  • Dagangan satu klik;
  • 30 petunjuk teknikal;
  • Memaparkan sejarah dagangan yang lengkap;
  • Carta yang amat interaktif – memudahkan anda untuk scroll, zoom, melaras warna bar, isi padu, keuntungan bersih, dll,;
  • Mod luar talian (offline), yang menyertakan info sebut harga, carta, dan sejarah dagangan;
  • Berdagang dalam mod skrin penuh.

WebTrader kelihatan seperti ini:


webtrader-metatrade

Buka WebTrader

Tip dan nasihat yang berguna tentang penggunaan terminal

Kami ingin beritahu anda beberapa hot keys atau trick untuk memudah dan mencepatkan kerja anda dalam terminal!

  1. Hot keys yang boleh digunakan dalam terminal MT4 ini akan memudahkan kerja anda:

    CTRL + Z – membatalkan sebarang pembuangan objek dari carta;
    CTRL + F – bertukar ke mod crosshair, yang akan mengenal pasti tarikh dan masa di atas carta;
    crosshair
    Alt + B – Membuka Kedalaman Pasaran;
    F8 – Membuka perincian carta; di mana anda boleh melaras warna garis, bar dan keuntungan;
    F9 – Memberi perintah baru;
    F10 – Membuka tetingkap “Popup harga”, jika right-click boleh tetapkan tetingkap di bahagian atas atau selaraskan warna;
    F11 – Membuka carta dalam mod skrin penuh.

  2. Menyimpan template – Anda tekan kekunci F8, buat carta dan mahu menetapkan semua carta dalam bentuk yang serupa. Untuk menyimpan tetapan ini, pergi ke tab “Chart” → “Template” → “Save Template”. Sekarang, template yang telah disimpan akan digunakan apabila anda membuka terminal ini kembali.
  3. Menjimatkan data trafik – jika suapan berita di terminal ditutup, ia akan menjimatkan data trafik. Untuk menutup suapan berita, pergi ke “Tools” → tab “Options”, dan nyah tanda item “Enable news”.
  4. Isi padu urus niaga bagi pengguna – apabila anda memberikan perintah, anda harus menetapkan isi padu. MT4 mengandungi 13 pilihan isi padu. Namun, jika anda tidak menggemari mana-mana pilihan yang tersedia, anda boleh memilih dan menggantikan nombor isi padu mengikut keinginan.
  5. order-volume

  6. Menukar kata laluan – untuk menukar kata laluan bagi akaun MT4, pergi ke menu “Tools” → tab “Options” → “Server”. Berhampiran dengan “Password”, tekan butang “Change”, dan masukkan kata laluan lama, sebelum masukkan kata laluan yang baru sebanyak dua kali – untuk mengesahkan tindakan. Kata laluan akan berjaya ditukar jika terdapat sambungan pada internet. Jika tiada, kata laluan tidak akan ditukar.

mt4-password-change

Kami harap semua perkara penting tentang platform MetaTrader 4 telah kita bincang. Muat turun terminal MT4 dan mula berdagang, sekarang! Selamat berjaya!

Anggaran artikel: 1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5.00 out of 5)
 

Langgan surat berita kami!

Dapatkan e-buku "Building Blocks for sucсeeding with Forex Trading" dan pemberitahuan tentang berita terkini sebanyak sekali, seminggu

 

Send this to friend