questions-to-support-team

10 soalan utama kepada pasukan sokongan

Setiap hari pengurus-pengurus sokongan kami menerima beratus jenis soalan dari pelanggan berpotensi dan yang sedia ada. Kebanyakannya adalah soalan -soalan yang diulang – pelanggan yang mahu belajar lebih mendalam tentang keadaan dagangan, peraturan dan proses pembayaran. Kami memutuskan untuk mengumpulkan soalan-soalan yang paling sering ditanyakan dan kami akan beri jawapan terperinci dalam artikel ini.

If you have a question concerning broker`s work, do not ask magic ball, contact support!
If you have a question concerning broker`s work, do not ask magic ball, contact support!

first-arrow

Berapakah minimum deposit yang broker anda tawarkan?

JustForex tidak menentukan berapakah jumlah deposit minimum. Pelanggan kami memulakan perdagangan dengan apa-apa jumlah wang yang diingini. Tetapi:

  • Dana yang berada di dalam akaun mestilah mencukupi untuk menyokong margin setiap tempahan. Contohnya, margin setiap pesanan minima dengan leveraj maksimum di akaun Classic ialah $0.5.
  • jumlah sedemikian harus dilakukan melalui sistem pembayaran pilihan anda. Contohnya, deposit minimum melalui kad bank ialah $1, dan melalui pindahan bank (wire transfer) – $100.

arrow-two-blue

Siapakah badan regulasi JustForex?

JustForex mendapat regulasi dari International Financial Services Commission Belize. IFSC bertanggungjawab dalam melesenkan broker, serta menyediakan syarat-syarat untuk kerja dan pengawasan mereka semua dalam memberikan regulasi syarikat.

as3

Di manakah pejabat korporat anda terletak?

Ibu pejabat kami terletak di Belize. Terdapat juga beberapa pejabat pentadbiran kami di Indonesia, Malaysia, Latvia, dan AS. Pada 2016, kami telah membuka satu cawangan pejabat urusan di Klang, Malaysia. Pejabat kami ini menjemput semua orang bagi menghadiri seminar dagangan Forex, untuk berkomunikasi dengan wakil syarikat, serta berpeluang menjadi Introducing Broker syarikat.

arrow-four-blue

Berapakah spread anda?

Spread kami adalah jenis terapung pada semua jenis akaun. Spread semasa pada pasangan-pasangan matawang utama untuk akaun-akaun ECN akan dihantar kepada laman utama.Spread untuk setiap jenis instrumen dagangan dapat dilihat pada “Spesifikasi kontrak” di laman web rasmi kami atau pada platform MT4.

arrow-five

Apakah swap dan cara pengiraannya?

Istilah “swap” digunakan dalam transaksi pertukaran matawang asing dan pasaran saham. Ianya adalah amalan biasa. Dalam Forex, swap (rollover) adalah merupakan satu bayaran bagi pemindahan kedudukan dagangan terbuka yang melalui malam hari berikutnya. Jika anda membuat satu kedudukan terbuka untuk beberapa hari, swap akan dicas untuk setiap hari. Pada malam Rabu (rollover untuk Rabu – Khamis) cas swap akan dikenakan sebanyak 3 kali ganda – bagi menggantikan hari Sabtu dan Ahad. Swap boleh jadi positif ataupun negatif.

Anda boleh lihat saiz swap semasa pada “Market Watch” di tetingkap platform MT4. Lakukan sebegini, klik kanan di pasangan matawang yang diingini dan pilih “Specification”.

swaps-in-mt4

Swap juga diterbitkan pada laman web broker dalam seksyen “Spesifikasi kontrak”.

arrow-six-blue

Berapakah tahap leveraj anda?

JustForex menawarkan pelbagai pilihan leveraj untuk para pelanggan – dari 1:1 hingga 1:2000. Tahap leveraj bergantung kepada jenis akaun perdagangan, baki akaun dan pilihan anda sendiri.

arrow-seven

Apa jenis pelaksanaan yang ditawarkan JustForex?

Untuk semua akaun dagangan JustForex menawarkan Market Execution. Tempahan dilakukan walau bagaimanapun di mana harga pasaran semasa, di harga yang terbaik dari penyedia kecairan kami (liquidity provider). Mudah tunai syarikat kami diperuntukkan oleh 18 buah bank dunia terbesar.

arrow-eight-blue

Apakah format harga bagi setiap jenis akaun anda?

Format harga bergantung kepada jenis akaun. Petikan (quotes) di akaun-akaun Classic dihantar tepat kepada 4 tempat perpuluhan, dan di akaun-akaun lain pula – 5 tempat perpuluhan, kecuali instrumen-instrumen kewangan tertentu.

arrow-nine

Adakah anda robot?

Are you a robot?

Tidak, pengurus sokongan adalah manusia biasa. Kami menggunakan jawapan-jawapan yang telah kami sediakan supaya dapat menjawab soalan anda dengan lebih cepat. Walaubagaimanapun, beberapa orang pelanggan fikir mereka sedang berkomunikasi dengan mesin.

arrow-ten-blue

Sudahkah anda berkahwin?

Pengurus-pengurus sokongan wanita kami kadang-kadang menerima soalan yang sedemikian dari pelanggan-pelanggan kami yang ingin tahu. Tetapi, dasar syarikat tidak membenarkan kami mendedahkan maklumat peribadi.

Pengurus – pengurus kumpulan sokongan kami bekerja siang dan malam untuk membantu anda. Jangan ragu-ragu untuk menulis di Live Chat, jika anda tidak dapat mencari sesuatu perkara. Jika anda ada banyak soalan atau perlukan nasihat perundingan, hantarkan sekeping tiket kepada e-mel [email protected] kami dan dapatkan jawapan terperinci dengan cadangan dan link yang betul. Jika anda berhasrat untuk bercakap secara perseorangan, sila hantarkan permintaan panggilan balik kepada kami.

Anggaran artikel: 1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5.00 out of 5)
 

Langgan surat berita kami!

Dapatkan e-buku "Building Blocks for sucсeeding with Forex Trading" dan pemberitahuan tentang berita terkini sebanyak sekali, seminggu

 

Send this to friend